Ahad, 6 Disember 2015

AISKRIM YOGURT POPULAR DI HPPNK 2015 KOTA SAMARAHAN SERAWAK

Sempena sambutan Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Kebangsaan(HPPNK) 2015 yang diadakan di Kota Samarahan,Serawak,Pihak Ibupejabat DVS Malaysia telah memberi penghormatan kepada usahawan bimbingan PPIT Pasir Puteh untuk mengadakan demostrasi dan promosi aiskrim yogurt dari susu segar kepada pengunjung di booth DVS.

Sambutan sangat menggalakan dari pengunjung yang ingin merasai kesedapan aiskrim yogurt yang diproses dari susu segar.Sebanyak 70 liter susu segar diproses sebagai yogurt dan dibuat aiskrim `goncang'.




En.Safii dan En.Zailani menyediakan aiskrim yogurt kepada pengunjung HPPNK 2015

Pengunjung teruja menikmati kelazatan aiskrim goncang yang diproses dari yogurt susu segar

PESTA FLORA DAN ORGANIK LOJING 2015

Pada 19-22 November 2015 Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Pesta Flora dan Organik Lojing.PPIT Pasir Puteh diberi penghormatan untuk mempamir dan mempromosi pruduk tenusu dan produk yang berasaskan organik.Diantara produk yang dipamirkan adalah baja organik,cecair Efektif Mikrob(EM) makanan ternakan dan Mudball.Promosi dan jualan produk tenusu seperti yorgut,dadih dan susu berperisa turut diadakan disamping pamiran statik aktiviti Jabatan dalam bidnag organik.

Majlis ini dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato Hj. Muhammad bin Yaacob Menteri Besar Kelantan.



YAB Menteri Besar Kelantan bersama EXCO Kerajaan Kelantan melawat gerai pamiran DVS

YB Exco Dato Fadli dan YB Exco Pertanian meminum yogurt yang dipromosikan

Isteri Wakil rakyat Kelantan turut mengunjungi gerai DVS



Begambar kenangan bersama ADUN Kelantan.

Isnin, 2 November 2015

LAWATAN BELAJAR PELAJAR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN(UniSZA) KE PPIT PASIR PUTEH


Pada hari ini 02 November 2015 seramai 78 orang pelajar Fakulti Biosumber dan Industri Makanan diringi  seorang pensyarah UniSZA telah mengadakan lawatan belajat ke Ladang Tenusu Sungai Durian, Pasir Puteh.Lawatan ini bertujuan mendapat pendedahan mengenai teknologi Industri tenusu.


Bergambar bersama Pensyarah UniSZA

Menyampaikan taklimat projek Tenusu dan bioteknologi

Promosi minum yogurt dann PASTURIA  kepada pelajar UniSZA

Ahad, 1 November 2015

KARNIVAL BERTANI SATU IBADAH JAJAHAN TUMPAT 2015

Pada 22-24 Oktober 2015 PPIT Pasir Puteh telah dijemput untuk mempromosikan produk tenusu dan produk berasaskan Efektif Mikrob(EM) di Karnival Bertani Satu Ibadah Jajahan Tumpat.Produk tenusu seperti dadih,susu segar,susu berperisa dan yogurt dijual dengan harga promosi.Sambutan pengunjung sangat hebat terhadap produk tenusu.Manakala produk berasaskan Efektif Mikrob(EM) seperti makanan tambahan BIOPLUS ,EM2 dan EM2 serta Mudball turut mendapat sambutan walaupun ianya merupakan produk baru dikalangan pengunjung.


En.Hassan Pengurus PPIT Pasir Puteh memberi penerangan kepada pengunjung

Tn.Hj.Zakaria PPV Tumpat bersama di gerai DVS

Pengunjung membeli produk tenusu

Sabtu, 10 Oktober 2015

BENGKEL JATI DIRI BICARA AKRAB BIL.2/2015

Pada 06-08 Oktober 2015 Pengurus PPIT Pasir Puteh Telah menghadiri Bengkel Jati Diri Bicara Akrab di Sutera Beach Resort ,Setiu, Trengganu.Objektif  bengkel ini adalah untuk memberi dorongan kepada anggota Jabatan dalam melaksana tanggongjawab secara kerja sama berpasukan.

Pengurus PPIT sebagai AJK Bengkel
En.Abd Halim sebagai Fasilitator

Isnin, 28 September 2015

PENGELUARAN SUSU SEGAR DARI LADANG TENUSU SUNGAI DIJANGKA MENINGKAT PADA TAHUN 2016



Hari ini 29 September 2015 meneruskan aktiviti Lawatan terancang dan Berjadual(LTJ) dengan menjalankan aktiviti pemeriksaan kebuntingan lembu dan pengemaskini rekod pembiakan bagi bancian kelahiran kelahiran ternakan 2016.Alhamdulillah sebanyak 35 ekor atau 47% lembu didapati bunting dan dijangka melahirkan anak pada suku tahun petama dan kedua tahun 2016. Terima kasih kepada Seksyen Teknologi Pembiakan dan Pembakaan JPVNK diatas kerjasama yang berikan.

Dengan jumlah lembu bunting sebanyak 35 ekor adalah dianggarkan sebanyak 73,500 liter susu segar dapat dikeluarkan dari Ladang Tenusu Sungai Durian sehingga suku ketiga tahun 2016.


Ahad, 13 September 2015

MEMPROMOSI PRODUK AKOK SUSU

Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan pada 28-30 Ogos 2015 PPIT Pasir Puteh mempromosi AKOK SUSU suatu inovasi baru produk berasaskan susu segar. Inovasi produk baru ini diusahakan bersama 2 orang pelajar jurusan teknologi memproses Makanan dari UPM.

Kueh AKOK SUSU

Demostrasi menyediakan AKOK SUSU  di HPPN Kelantan 2015

Dua orang pelajar UPM yang mencipta inovasi AKOK SUSU

Sabtu, 1 Ogos 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDULFITRI PPIT PASIR PUTEH


Seperti tahun-tahun lalu PPIT Pasir Puteh menganjurkan sambutan Hari Raya Aidulfitri sebagai acara tetap. Jamuan ringkas diadakan,  juadah makan mnum adalah sumbagan dari kakitangan PPIT Pasir Puteh.Terima kasih kepada semua yang hari bagi memeriahkan majlis pada hari ini.




Pn.Azizah Pembantu Tadbir PPVJ Pasir Puteh turut hadir



En.Ismail PPVJ Pasir Puteh turut hadir pada majlis ini

Ahad, 14 Jun 2015

LAWATAN DR. KAMARUDDIN KETUA PENGARAH DVS KE LADANG TENUSU SUNGAI DURIAN

Pada 05 Jun 2015 Dr.Kamaruddin bin Mohd Isa Pemangku Ketua Pengarah DVS Malaysia telah melawat Projek Ladang Tenusu Berkelompok Sungai Durian,PPIT Pasir Puteh,Kelantan.Lawatan ini dibuat sempena sambutan Program `Road To HPPNK 2015' peringkat Negeri Kelantan yang diadakan pada 04-06 Jun 2015.

Dr.Kamaruddin menikmati dadih dan Yogurt keluaran usahawan tenusu Kelantan.

Dr.Kamaruddin bersama En.Razani usahawan lembu tenusu di ladang Sg.Durian

Berbicang sambil menikmati yogurt di rumah En.Razani

Bergambar di Premis memproses susu En.Razani
Meneliti dengan dekat projek pengeluran makanan ternakan secara bioteknologi

Rabu, 6 Mei 2015

AKTIVITI TURUN PADANG PPIT PASIR PUTEH

Pada hari ini 7 Mei 2015 PPIT Pasir Puteh mengadakan program turun padang dengan menjalankan aktiviti membersih kawasan pejabat di Ladang Tenusu Sungai Durian.Program kali ini turut disertai oleh beberapa orang penternak.






Ahad, 19 April 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU

Pada 20 April 2015 seramai 43 orang pelajar Poly-Tech MARA Kota Bharu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ladang Tenusu Sungai Durian,Pasir Puteh.Lawan ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada pengurusan ladang ternakan lembu tenusu.Pelajar-pelajar didedahkan kepada beberapa aspek pengurusan ternakan seperti pengurusan makanan ternskan,kawalan kualiti susu mentah diperingkat ladang dan pengurusan am yang lain

Pelajar diberi minum/ promosi yogurt oleh En.Safii

Pelajar2 membeli produk tenusu yang dipromosikan olih En.Mohd Rozani

Pelajar dibawa melawat kawasan ladang secara santai

Pelajar teruja melawat kawasan ladang


LAWATAN KUMPULAN KIK AGROMECH DARI POLITEKNIK KOTA BHARU

Hari ini 20 April 2015 Kumpulam KIK AGROMECH dari Politeknik Kota Bharu melawat ke Ladang Tenusu Sungai Durian bagi meninjau perjalanan ujilari mesin pemampat silaj `Poly Silage Compressor'.Lawatan kerja ini diketuai oleh En.Zaid bin Noor bersama 11 orang pensyarah dan kakitangan Politeknik Kota Bharu.

Demostrasi penggunaan Poly Silage Compressor oleh En.Mohd Razani
Menerima sijil penghargaan dari Politeknik Kota Bharu
Ahli rombongan menikmati jamuan ringan yang disediakan
Majlis berakhir jam 12.00 tengahari,perbincangan lanjut akan dijalankan dari masa kesemasa bagi memperkukuhkan kerjasama Politeknik Kota Bharu dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.

Selasa, 31 Mac 2015

LATIHAN INDUSTRI PELAJAR POLY-TECH MARA KOTA BHARU DI LADANG TENUSU SUNGAI DURIAN


Hari ini 01 April 2015 4 orang student Poly-Tech MARA Kota Bharu(KPTM KB) didedahkan dengan aktiviti permanian beradas lembu tenusu dan proses penyediaan DP-Bioplus diLadang Tenusu Sungai Durian,PPIT Pasir Puteh.En. Azman dan En.Azlan dari Seksyen Pembiakan dan Pembakaan JPVNK menjadi fasilitator aktiviti Permanaian Beradas.Manakala En.Hassan fasilitator kepada aktiviti memproses DP-Bioplus.


Bergambar setelah selesai aktiviti AI diladang En.Mohd Razani

DEMOSTRASI MEMPROSES SILAJ DAN PROMOSI JUALAN PRODUK TENUSU

Pada 30 dan 31 Mac 2015 PPIT Pasir Puteh diberi tanggongjawab oleh JPVNK mengadakan Demostrasi memproses silaj dan jualan promosi produk tenusu di Politeknik Kota Bharu(PKB),Kok Lanas sempenan Festival Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PKB.Dua sessi ceramah dan demostrasi memproses silaj dijalankan dengan kerjasama En.Mohd Razani bin Che Mat Usahawan lembu tenusu dari Ladang Tenusu Sungai Durian,Pasir Puteh.

Seorang pelajar PKB menjalankan amali memproses silaj
En.Safii mempromosi Yourgot kepada pengunjung


En.Hassan menyampaikan ceramah memproses silaj
En.Mohd Razani bersama peralatan demostrasi silaj




Selasa, 10 Februari 2015

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH DVS KE LADANG TENUSU SUNGAI DURIAN

Pada 26 Jan 2015 Timbalan Ketua Pengarah DVS Malaysia Dr. Abu Hassan bin Muhammad Ali  bersama EXCO Persatuan Produksi Haiwan Malaysia(MSAP) telah mengadakan lawatan kerja ke Ladang Tenusu Sungai Durian.Banyak perkara dan cadangan yang dibincang bersama penternak tenusu disini bagi meningkatkan lagi pengeluaran dan kualiti susu dimasa akan datang ini.Aspek transfer teknologi dan inovasi baru terutama dalam aktiviti pemakanan ternakan menjadi topik utama perbincangan. Dr. Abu Hassan dan rombongan yang terdiri dari Profesor Dr.Ramli,Prof. Dr.Wan Khadijah dari Universiti Malaya, Prof. Dr.Mohd Arif dari Universiti Putra Malaysia sangat berminat dengan produk makanan ternakan DP-BIOPLUS. Ahli rombongan sempat melawat ladang Lembu tenusu En. Mohd Razani dan meninjau beberapa aktiviti ladang seperti memproses silaj,EM BIO-PLUS dan baja organik. Lawatan kerja ini berakhir jam 12.30 tengahari.



Ahli rombongan menikmati nasi dangang lauk ayam kampung

Dr.Abu Hassan bersama Dr.Jasmin tertarik dengan produk DP-Bioplus

Dr.Abu Hassan meninjau lembu tenusu di ladang En.Mohd Razani



Ahli rombongan bergambar kenangan bersama penternak