Pada 26 Jan 2015 Timbalan Ketua Pengarah DVS Malaysia Dr. Abu Hassan bin Muhammad Ali bersama EXCO Persatuan Produksi Haiwan Malaysia(MSAP) telah mengadakan lawatan kerja ke Ladang Tenusu Sungai Durian.Banyak perkara dan cadangan yang dibincang bersama penternak tenusu disini bagi meningkatkan lagi pengeluaran dan kualiti susu dimasa akan datang ini.Aspek transfer teknologi dan inovasi baru terutama dalam aktiviti pemakanan ternakan menjadi topik utama perbincangan. Dr. Abu Hassan dan rombongan yang terdiri dari Profesor Dr.Ramli,Prof. Dr.Wan Khadijah dari Universiti Malaya, Prof. Dr.Mohd Arif dari Universiti Putra Malaysia sangat berminat dengan produk makanan ternakan DP-BIOPLUS. Ahli rombongan sempat melawat ladang Lembu tenusu En. Mohd Razani dan meninjau beberapa aktiviti ladang seperti memproses silaj,EM BIO-PLUS dan baja organik. Lawatan kerja ini berakhir jam 12.30 tengahari.
|
Ahli rombongan menikmati nasi dangang lauk ayam kampung |
|
Dr.Abu Hassan bersama Dr.Jasmin tertarik dengan produk DP-Bioplus |
|
Dr.Abu Hassan meninjau lembu tenusu di ladang En.Mohd Razani |
|
Ahli rombongan bergambar kenangan bersama penternak |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan