NOTA

UJIAN MASTITIS

Ujian mastitis dijalankan setiap 3 bulan sekali keatas semua lembu yang diperah susunya.Ianya dijalankan bagi memastikan susu yang dihasilkan tidak dijangkiti bakteria yang berbahaya kepada pengguna.Secara teknikal setiap puting  susu lembu diperah susunya dan diuji tindakbalasnya keatas bahan uji.Pemeriksaan klinikal - tanda-tanda klinikal yang nyata (strip cup - Perubahan warna/keadaan/bau). Membuat california rapid mastitis test (CNRT /CMT RMT) untuk mengira sel leukocytes dalam susu.




Rawatan

Rawatan mastitis bergantung kepada keadaan mastitis dan bilangan tetek yang terlibat.
Jika hanya satu tetek (teat yang terlibat biasanya tiada perubahan pada suhu badan. Oleh kerana tiap-tiap satu tetek tidak berhubung antara satu dengan yang lain maka punca jangkitan utama adalah sentuhan dari pekerja/alatan yang digunakan untuk memerah serta kehadiran mikro oranisma

Untuk rawatan 
Bersihkan kawasan terlibat menggunakan air suam bersama antiseptik. Tujuan air suam digunakan adalah untuk membantu dalam pengaliran darah yang boleh menambah pengeluaran susu. Antiseptik pula untuk membunuh atau menghalang pembiakan kuman di kawasan ambing susu.


  • Perlu dikaitkan perubahan suhu badan untuk menentukan keadaan mastitis hanya setempat atau sistemik.
  • Perah susu ditetek yang terlibah/semua tetek sehingga habis.
  • Bersihkan semula menggunakan air suam bersama antiseptik tadi.- masukkan intra mammary infusion (antibiotik seperti orbenin LA, diproca, mamiject, mastalone dan lain-lain)
  • Rawatan diberi selama 3 - 5 hari bergantung kepada tindakbalas ternakan.
  • Rrawatan secara sistemik diberi jika perlu dengan menggunakan antibiotik yang sesuai serta berkesan bersama infusion yang diberi.
  • Semasa rawatan susu mesti diperah setiap hari.
  • Selepas rawatan mesti juga diperah tetapi masih belum boleh diminum sebelum 6 - 7 hari kemudian.

Pengawalan


  • Kebesihan pemerah/peralatan/ternakan sebelum dan selepas memerah
  • Susu mesti diperah sampai habis 
  • Rawatan lembu kering perlu diberi  sebelum dilepaskan untuk pembiakan seterusnya.
  • Kurangkan stress kepada ternakan.
  • Asingkan ternakan yang terkena mastitis dan beri rawatan secara individu
  • Mastitis merupakan suatu penyakit yang dihasilkan oleh cara pengurusan yang kurang baik serta kebersihan yang tidak dijaga dengan betul.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan