LATIHAN PENTERNAK DAN KAKITANGAN

 

KURSUS PANDUAN GMP`GOOD MANUFACTURING PRACTICE'

Pada 3 -5 November 2014 Pengurus PPIT Pasir Puteh bersama dengan seorang usahawan  En.Mohd Razani bin Che Mat telah menghadiri kursus tersebut di Intekma Resort,Shah Alam Selangor.Kursus ini banyak memberi pengetahuan yang sangat berguna bagi memasti produk tenusu yang dikeluarkan bersih dan selamat kepada pengguna.

 

 
En.Mohd Razani bersama ahli kumpulan bengkel semasa kursus tersebut.

 

 

 

 

BENGKEL PENGURUSAN INDEK PENYAKIT DAN PROGRAN SURVELAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR



Pada 5 - 8 Mei 2014 Bengkel Pengurusan Indeks Penyakit dan Program Survelan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah diadakan di Hotel Ridel,Kota Bharu.Seramai 32 orang pegawai dan kakitangan DVS Kelantan dari semua Perkhidmatan Veterinar Jajahan telah menghadiri Bengkel ini.Bengkel ini diadakan dengan kerjasama Bahagian Epidemologi Ibupejabat Putrajaya.

 
Pengurus PPIT Pasir Puteh Menyertai Bengkel

 

 

 7  NOVEMBER 2013

LAWATAN BELAJAR MEMPROSES BAJA ORGANIK


Pada 7 November 2013 Pengurus PPIT Pasir Puteh bersama 2 orang penternak( En.Mohd Razani  dan En.Mohd Aziz) telah mengadakan lawatan belajar ke Projek memproses baja oerganik syarikat Kembar Teguh Sdn Bhd, Cermin Kiri,Jerangau Terengganu.Lawatan ini adalah bertujuan mendapat pengetahuan  yang lebih mendalam dalam proses penyediaan baja organik.

0
En.Mohd Razani dan Mohd Aziz bergambar di lokasi memproses baja organik




.

 

 

Selasa, 5 November 2013


 

LAWATAN KE PROJEK MEMPROSES BAJA ORGANIK DI PLV CERMIN KIRI,TERENGGANU.

30.10.2013 Dalam perjalanan ke Mesyuarat PPV Daerah Se Malaysia di Suria Cherating Beach Resort,Pahang singgah sekejap di PLV Cermin Kiri Trengganu melawat projek memproses Baja organik oleh syarikat Kembar Teguh Sdn Bhd. Lawatan ini bagi mendapat maklumat yang lebih jelas bagi mengukuhkan projek pengeluaran baja organik di Ladang Tenusu Sungai Durian PPIT Pasir Puteh.Banyak pengetahuan baru dapat diperolehi hasil perbincangan yang dibuat.




Aktiviti memproses baja organik syarikat Kembar Teguh Sdn Bhd
PLV Cermin Kiri,Trengganu.










23-24 OKOTOBER 2013

 

LAWATAN BELAJAR PENYEDIAAN EM DAN BOKASHI


Pada 24 Oktober 2013 Pengurus PPIT Pasir Puteh bersama EN. MOHD ROZANI BIN CHE MAT penternak tenusu Sungai Durian telah mengadakan lawatan belajar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Langat, Selangor bagi mempelajari penyediaan EM dan Bokashi.Tujuan lawatan ini juga bagi mendapat maklumat yang lebih lengkap bagi membangunkan sebuah pusat pemprosesan EM dan Bokashi di ladang Tenusu Sungai Durian dalam tempoh terdekat.




Gambar kiri: Tangki memproses `EM'  Gambar Kanan : En. Asmawi Pegawai PPVD
 Kuala langat memberikan taklimat pemprosesan EM


Produk Mudball yang dihasilkan di PPVD Hulu Langat






KURSUS PEMAKANAN LEMBU TENUSU


Pada 12-14 Jun dua orang penternak dan seorang kakitangan PPIT Pasir Puteh telah menghadiri kursus tersebut di Institut Veterinar Malaysia.Penternak terberkenaan adalah En. Mat Razani bin Che Mat dan En. Abd. Aziz bin Ismail manakala kakitangan PPIT pula ialah En.Hassan bin Zainudin.

En. Abd.Aziz (baju biru) serius mendengar taklimat fooder
yang disampaikan oleh En. Azman




En.Mat Razani  bersama Dr.Fauziah semasa latihan amali
pada 13.6.13 di IVM 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan