PERISTIWA


02 SEPTEMBER 2015 

PEMBENTANGAN PROJEK PELAJAR LATIHAN INDUSTRI DI PPIT PASIR PUTEH

Seramai dua orang pelajar UMP jurusan Teknologi Memproses Makanan telah menjalani latihan industri di PPIT Pasir Puteh selama 3 bulan.Pada hari ini dua orang pelajar berkenaan telah membentang kajian kes bertajuk `Tahap Pencemaran Susu Segar di Ladang Tenusu Sungai Durian ' dan Kualiti Susu Segar Penternak Ladang Tenusu Sungai Durian'.Majlis ini berlangsung di Pejabat Kawasan Tumpuan Sasaran9KTS) Zon Kelantan.





Nurul Wahidah membentangkan kajian kes

Shahrul Anis Hazwani membentangkan kajian kes Pencemaran susu.


Rabu,17 Julai 2013

 
Lawatan pegawai Keselamatan Pekerjaan dari Ibupejabat Putrajaya ke PPIT Pasir Puteh bagi meninjau tahap keselamatan pekerjaan dipejabat ini.Pasukan pelawat diketuai oleh En Mohd Rafee bin Mohd Yusoff.

Isnin,01 Julai 2013

 

8 orang student Universiti Malaya melapur diri bagi menjalankan Latihan Industri selama 8 minggu.



Selasa, 22 Mei 2013


En.Samyvelloo,  Penolong pegawai akuantan Seksyen tenusu ibupejabat ,Putrajaya mengadakan lawatan kerja ke PPIT Pasir Puteh bagi menjalankan pemantaun(pra-audit) keatas akaun Unit Tenusu JPV Negeri Kelantan.
En. Samyvelloo  menjalankan  pra -audit keatas akaun PPIT

Pn.Azizah menyediakan dokumen yang diperlukan  tujuan audit



SELASA, 14 MEI 2013


Pada hari ini dua orang pegawai dari Jabatan Perparitan dan Saliran(JPS) datang meninjau bangunan dan struktur kilang memproses susu PPIT bagi menyiapkan plan pembaikan untuk menaik taraf plan pemperosesan ke tahap GVHP.Peruntukan sebanyak RM200,000 telah diluluskan oleh Ibupejabat Putrajaya.




Ahad, 30 Disember 2012


LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH KE PPIT PASIR PUTEH


Pada hari ini 31.12.12 PPIT menerima tetamu utama Jabatan Dato' Dr.Ibrahim bin Che Embong
Timb.Ketua Pengarah 1 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.Ybh.Dato' meluangkan masa
lebih kurang 1 jam meninjau persekitaran pejabat dan berbincang mengenai penambahbaikan
bangunan dan peralatan kilang susu serta bangunan pejabat.

Ybh. Dato' turut diiringi oleh Dr.Kamaliah Ketua Seksyen Tenusu Ibupejabat,Putrajaya.





LAWATAN KERJA KETUA UNIT PERANCANG JPVNK


En. Abd. Halim bersama En.Sukeri Mamat, Penternak Jaya 
Ruminan Negeri Kelantan 2011.



Tangki penyimpanan susu di Ladang Sg.Durian 
sebelum dihantar ke PPIT 

Lawatan kerja Ketua Unit Perancang JPVNK En.Abd.Halim bin Mohamed ke Projek Tenusu Berkelompokdilakukan Sungai Durian,Pasir Puteh telah  pada 15hb.Oktober 2012.

Lawatan ini dilakukan adalah bagi meninjau perkembangan semasa projek Tenusu Berkelompok Sungai Durian,Pasir Puteh. Perbincangan dengan penternak telah diadakan meliputi aspek pengurusan ternakan,pemakanan, kesihatan dan pemasaran susu serta perkara lain yang bekaitan dengan perkembangan projek tenusu Negeri Kelantan.






















Lawatan rasmi YB Dato' Mustapha bin Mohamed ke Ladang Tenusu Berkelompok,Sungai Durian ,PPIT Pasir Putih pada 02.02.2009 sempena Program Turun Padang.
















Pogram lawatan YB. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ke Ladang Tenusu Berkelompok Sungai Durian



Kenyataan akhbar YB.Menteri Pertanian


Pogram lawatan YB. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ke Ladang Tenusu Berkelompok 
Sungai Durian, Pasir Puteh, Kelantan pada 27 Mac 2007.


YB. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani diringiPengurus PPIT Pasir Puteh melawat projek









YB. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Menyaksikan demostrasi memerah susu lembu






Tiada ulasan:

Catat Ulasan