Pada tahun 20 15 pengeluaran susu mentah PPIT Pasir puteh adalah sebanyak 117,080 liter iaitu meningkat sebanyak 34.63 % berbanding dengan tahun 2014. Peningkatan pengeluaran ini hasil dari penambahbaikan pengurusan pembiakan dan pemakanan ternakan. Dimana kadar induk perah adalah sebanyak 64.41% dari populasi induk.
Pada tahun 2016 pengeluaran dijangka terus meningkat melalui tambahan induk baru sebanyak 12 ekor dibawah peruntukan Pawah Negeri.
Pada tahun 2015 juga PPIT Pasir Puteh menyumbang sebanyak 46 % daripada keseluruhan pengeluaran susu segar Negeri Kelantan diikuti oleh PPIT Ketereh 31% dan PPIT Tanah Merah 23 %.
Dari segi jualan produk tenusu Negeri kelantan 2015 pula jualan susu segar yang dipasteur adalah paling tinggi iaitu sebanyak 146,430 liter diikuti produk susu berperisa,dadih dan yogurt.Yogurt merupakan produk berasas susu segar yang baru diperkenalkan kepada pengguna. Dengan kepelbagaian produk ini adalah dijangkakan produk tenusu berasaskan susu segar akan lebih diminati oleh pengguna yang akhirnya meningkatkan permintaan dan pasaran produk tenusu.
Peningkatan permintaan terhadap susu segar yang semakin meningkat setiap tahun telah mengurangkan penggunaan susu segar dalam penghasilan dadih dan susu berperisa.Pemerosesan dadih telah berubah sedikit demi sedikit dari susu segar kepada susu tepung.Kadar penurunan penggunaan susu segar dalam pemprosesan dadih begitu ketara mulai tahun 2013.
POPULASI TERNAKAN 2015
Pada tahun 2015 populasi ternakan lembu tenusu PPIT Pasir Puteh akhir tahun sebanyak 133 ekor.Induk sebanyak 59 ekor atau 44.36 % dari keseluruhan populasi.Lembu dara 25 ekor atau 18.79 % dan anak umur bawah satu tahun sebanyak 39 ekor atau 29.32 % dan selebihnya lembu jantan muda.
Jadual : Bilangan ternakan mengikut bulan ,2015
STOK INDUK
Bilangan induk yang diperah susu pada tahun 2015 adalah stabil mengikut bulan.Perubahan bilangan mengikut bulan adalah dalam jajaran 34 -38 ekor atau 64.41 % berbanding dengan induk kering sebanyak 21 ekor atau 35.59 %.
PENGELUARAN SUSU
Pada tahun 2015 sebanyak 117,080 liter susu mentah dikeluarkan oleh 6 orang penternak dari Ladang Tenusu Sungai Durian.Purata pengeluaran susu bulanan adalaha sebanyak 9,756 liter sebulan dengan bulan disember adalah bulan yang paling tinggi pengeluaran iaitu sebanyak 10,080 liter.Pada tahun 2015 semua susu mentah yang dihasilkan dijual sendiri oleh penternak dengan kadar harga RM2.50 -3.00 perliter.
Jadual: Pengeluaran susu mentah mengikut bulan,2015.
PENGELUARAN OLEH PENTERNAK
1.SUKERI BIN MAMAT -D6084
2.MOHD RAZANI BIN CHE MAT -D 07250
Tiada ulasan:
Catat Ulasan