Pn.Azizah bt.Abdullah |
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB
Bertanggungjawab kepada Pengurus Pusat Pembangunan Industri Tenusu(PPIT) Pasir Puteh dalam mengawal selia kuantiti, kualiti susu mentah yang diterima dan produk tenusu yang dihasilkan supaya menepati standard yang ditetapkan.
1.Menjalankan ujian platform, dipusat pemproses,pengambilan contoh susu untuk tujuan bayaran harga,komposisi,penentuan gred,TPC dan kandungan antibiotik/inhibitor.
2. Menjalankan ujian mastitis di ladang dan penghantaran contoh susu ke makmal Veterinar Kawasan secara berkala
3. Mengawal selia premis ,menyelenggara mesin dan alatan pemprosesan susu supaya sentiasa dalam keadaan baik ,selamat serta memenuhi standard yang ditetapkan.
4. Mengumpul, merekod,mengemaskini maklumat kuantiti dan kualiti susu serta produk tenusu dan menyedia laporan kepada Pengurus Pusat Pembangunan Industri Tenusu(PPIT) Pasir Puteh.
5. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengurus Pusat Pembangunan Industri Pasir Puteh , Penyelaras Tenusu Negeri Kelantan , Pengarah Jabatan Pembangunan Veterinar Negeri serta pegawai atasan lain dari masa kesemasa.
AKTIVITI PEMERIKSAAN SUSU
1.Ujian Kimia susu
Ujian kimia susu dijalankan setiap minggu keatas susu yang diterima di PPIT Pasir Puteh.Contoh susu akan diambil dari setiap orang penternak dan dihantar ke Makmal Diagnosa Veterinar Kawasan Kota Baharu.Ujian yang dijalankan adalah Total Plate Count'(TPC)bagi mengesan dan mengukur Jumlah kehadiran bakteria`,kandungan lemak,kandungan protin dan kandungan bahan pejal dalam susu.
Disamping untuk mengukur kandungan susu ianya juga bertujuan untuk mengredkan susu yang dikeluakan oleh penternak.Bayaran harga susu yang diterima di PPIT dibuat berdasarkan gred yang telah ditetapkan.
Ujian-ujian kualiti susu ternakan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ujian di ladang
Ujian Alkohol
Ujian California Mastitis (CMT)
Ujian Sedimentation
Ujian Ketumpatan bandingan (SG)
Ujian Red Iye
Ujian di Platform
Ada lima ujian yang boleh dijalankan di tempat penerimaan susu (platform) untuk tujuan pemeriksaan mutu kebersihan (Hygienic Quality)
Ujian Organoleptik
Ujian alkohol
Ujian Clot on boiling
Ujian keasidan
Ujian penurunan warna (Ddre Reduction)
Untuk tujuan memeriksa mutu komosisi (compositional quality) susu, Ujian-ujian berikut boleh dilakukan di platform
Ujian ketumpatan bandingan (SG)
Ujian SNF ( menggunakan Refractometer)
Ujian Freezing point
_______________________________
_______________________________
Ujian-ujian di makmal
Analisa kimia (Chemical analysis)
Pemeriksaan Mikrobiologi (Mikrobiological Examination)
Ujian peratus lemak susu
Ujian peratus protien
Ujian peratus pepejal
Pemeriksaan Mikrobiologi
Ujian penurunan warna
Ujian Brucella Milk Ring
Ujian Coliform
Standard Plate Count
Piawai Mutu Susu
Warna, Bau , Rasa
|
Normal
|
Lemak FAT
|
> 3.25
|
Pepejal Tanpa Lemak ( SNF)
|
> 8.5
|
Jumlah pepejal
|
> 11.75
|
Ketumpatan Bandingan (SG)
|
1.028 – 1.031
|
Darjah Keasidan
|
Kurang dari 18°N
|
Nilai pH
|
<6.5-6.8 pH
|
Takat suhu beku
|
-0.58°C hingga -0.55°C
|
Ujian 80% alkohol
|
Negetif
|
Methylene Bleu Reduction Test ( MBRT)
|
Melebihi 5 jam
|
Total Plate Count (TPC)
|
< 5.0 x 10 / ml
|
Coliform count
|
<100 / ml
|
Ujian-ujian
Apabila susu sampai ke Pusat Pengumpulan Susu , Ujian-ujian yang tertentu dijalankan keatasnya memastikan sama ada susu itu tulin, bersih tidak tercemar, tidak dicampurkan dengan benda asing. Untuk menentukan mutu susu itu baik ujian tertentu di jalankan keatas susu tersebut
A) Organoleptik- Panca indra
Ujian ini dapat mengesan perubahan sifat asli susu yang disebabkan organisma mikro dan lain-lain faktor seperti pengoksidaan logam dan lain-lain.Ia dapat dijalankan dengan cepat boleh dipercayai dan tidak memerlukan perbelanjaan yang mahal, tetapi kepakaran seseorang dengan kepekaan terhadap perubahan rasa, bau dan warna asli susu sangat diperlukan
Ujian ini mesti dijalankan segera sebaiksahaja penutup bekas susu (churn) dibuka
1-Hidu bau susu
2-Lihat dengan teliti warna atau rupa keujudannya (appearance)
3-Rasa/ kecap-hanya bagi susu yang diketahui bebas dari sebarang penyakit berjangkit
4-Periksa juga bekas isian susu sebaik sahaja ia dikosongkan.
Bau
Mula mula cium bau susu. Bau mestilah seperti susu bersih beberapa faktor yang boleh menukar bau bersih susu lembu . Susu adalah bahan yang boleh menarik bau-bau yang kuat seperti iodine, jika susu itu diperah berhampiran parit atau longkang yang busuk maka bau busuk itu akan meresap ke dalam susu itu
Warna
Lihat dengan mata dari segi warna, kepekatan, kebersihan dari bendasing. warna biasa susu lembu ialah putih kekuningan jikalau lembu itu berpenyakit mastitis titik-titik darah boleh dilihat di dalam susu yang diperiksa.Jika didapati susu itu mengandungi darah, susu itu akan ditolak.
Rasa
Rasa susu yang di periksa itu. Mestilah rasa susu tulin. Rasa masam atausebaliknya. Kadang-kadang susu boleh dicampurkan dengan gula kasar dengan tujuan untuk meninggikan bacaan Lactometer._______________________________
2) Alkohol Test –Precipitation test (APT)
Menguji susu adalah segar dan stabil bagi pemerosesan pada suhu yang tinggi. Ujian ini adalah untuk mempastikan ketulinan susu itu.Susu yang membeku tidak diterima.Tujuan ujian ini juga ialah untuk menolak semua susu yang mungkin akan rosak di dalam simpanan .Setitik susu yang rosak jika dicampurkan dengan satu tong susu, akan merosakkan semua susu itu.
Pn.Azizah Menjalankan ujian `Alkohol test' keatas susu yang diterima di PPIT Pasir Puteh |
Sebab kerosakan susu
-Susu yang dibiar lama tanpa disejukkkan
-Pemerahan susu yang tidak mengikut langkah-langkah kebersihan
-Berpenyakit mastitis
-Susu bercampur dengan kolestrum
-Kandungan logam didalam badan lembu tidak seimbang
-Kesan antibiotik
Mengambil contoh susu untuk diuji di Makmal |
Ujian keatas kualiti dijalankan setiap kali penerimaan |
Methylene Blue Reduction Test (Dye Reductase/ Ujian penurunan warna)
Methylene Blue ialah sejenis bahan penunjuk warna (dye)
Alatan/ kaedah
-Water Bath
-Susu 10ml dicampur 0.5ml Methylene Blue dan goncang perlahan-lahan
-Masukkan kedalam water Bath bersuhu 37°C
-Simpan 6 jam
-30 minit sekali lihat
-warna yang di kehendaki warna biru
-Jika susu biru bertahan 2 jam ia adalah baik
-Jika berubah warna putih ia adalah rosak
-Jika masa yang diperlukan bagi penurunan warna lebih panjang ianya menunjukkan susu yang diuji itu juga dapat disimpan lebih lama kerana bilangan dan aktiviti bakteriadidalamnya kurang/ sedikit
3) Ujian Specific Gravity / Ketumpatan bandingan ( Bacaan lactometer)
- Untuk menentukan ketumpatan susu. Digunakan untuk mengesan susu telah dicampur dengan air
- Menentukan sama ada susu itu ( pekat) disebabkan penambahan kanji, santan, susutepung disebabkan berlakunya kemungkinan penipuan
- Mengetahui ketumpatan susu berbanding ketumpatan air
- Mengesan adulterasi susu dengan campuran air
Alatan yang diperlukan
-Alat laktometer Zeal caliberated to 84°F
-Sebuah cawan
-Measuring Cyclinder 100cc sebuah
-Alat jangka suhu (thermometer)
UJIAN MASTITIS
Ujian mastitis dijalankan setiap 3 bulan sekali keatas semua lembu yang diperah susunya.Ianya dijalankan bagi memastikan susu yang dihasilkan tidak dijangkiti bakteria yang berbahaya kepada pengguna.Secara teknikal setiap puting susu lembu diperah susunya dan diuji tindakbalasnya keatas bahan uji.Pemeriksaan klinikal - tanda-tanda klinikal yang nyata (strip cup - Perubahan warna/keadaan/bau). Membuat california rapid mastitis test (CNRT /CMT RMT) untuk mengira sel leukocytes dalam susu.
BAGAIMANA SUSU DIKENDALIKAN?
Penternak-penternak menjalankan aktiviti pemerahan susu pada setiap hari waktu pagi dan petang. Setiap orang penternak perlu menghantar ketangki simpanan ladang sebelum jam 9.00 pagi dan 6.00 petang. Setiap orang penternak perlu menimbang susu yang dihantar ketangki simpanan dan merekodkan berat (kg) dalam buku stok yang disediakan.
Pejabat ladang dan stor simpanan sementara susu
di Ladang Tenusu Sungai Durian
di Ladang Tenusu Sungai Durian
Tangki simpanan susu ditempatkan di Ladang bagi menyimpan susu yang keluarkan oleh penternak sbelum dihantar kekilang memproses. |
Churn`tangki mudah alih' digunakan untuk memindahkan susu dari ladang kekilang |
Churn dibersihkan menggunakan air panas bagi membunuh kuman sebelum diisi dengan susu |
En. Azmi memeriksa kualiti dan kuantiti susu sebelum dihantar kekilang |
UNIT KILANG MEMPROSES SUSU
Aktiviti memproses susu segar dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi menjamin kebersihan dan kualiti produh yang dihasilkan.Ujian kualiti susu dijalankan setiap kali susu diterima dikilang mengikut prosedur yang ditetapkan.Susu yang diterima dikilang akan diuruskan oleh pekerja yang terlatih dari segi pengendalian mesin dan tahap kesihatan diri yang diperakui oleh Jabatan Kesihatan.
Penerimaan susu dikilang memproses |
Pemerikasaan kualiti susu dilakukan setiap kali penerimaan dikilang |
ujian kualiti susu kaedah memanas |
Susu ditapis semasa dimasukkan kedalam tangki sebelum diproses |
Susu mentah yang lulus ujian sedia untuk diproses |
Ruangan memproses bahan mentah |
Aktiviti memproses dadih |
Susu perasa yang telah siap dibancuh ditapis sebelum dibotolkan |
Aktiviti mengisi susu perasa kedalam botol |
Memasang tutup botol |
salam. nak beli borong susu segar mcm mana ye?
BalasPadamsalam. nak beli borong susu segar mcm mana ye?
BalasPadam