Pada tahun 2014 PPIT Pasir Puteh mencatat sejarah apabila pengeluaran susu mentahnya berjumlah sebanyak 86,956 liter iaitu meningkat sebanyak 42,218 liter atau 94.36 % berbanding tahun 2008. Peningkatan pengeluaran susu mentah secara menegak berlaku pada tahun 2012-2014 dengan purata peningkatan sebanyak 4.850.66 liter setahun.Daripada jumlah tersebut hanya sebanyak 3,988 liter atau 4.59 peratus dijual melalui PPIT dan selebihnya dijual sendiri oleh penternak kepada vendor dan pembeli runcit.
Pada tahun 2013 jualan susu mentah kepada PPIT telah menurun kesan dari galakan supaya penternak meningkatkan penjualan sendiri susu mentah kepada vendor dan pembelian runcit.Melalui kaedah dan pendekatan ini pemasaran dan harga susu mentah dapat diperluaskan dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM2.50/liter diladang.Pada tahun 2014 hanya 5.0 % (3988.14liter) sahaja susu mentah dijual kepada PPIT manakala selebihnya 95% (82919.95) dijual terus kepada vendor dan pembeli runcit.
Pengeluaran susu mentah setiap orang penternak bagi tahun 2008-2014 .
Pengeluaran susu mentah dari ladang En.Sukeri bin Mamat telah meningkat sebanyak 28.5 % pada tahun 2014 berbanding dengan tahun 2013.Pengeluaran tahun 2014 adalah tertinggi yang dicapai dalam masa 7 tahun.
Pengeluaran susu mentah dari ladang En.Ibrahim bin Ghani telah menurun sebanyak 9.06 % pada tahun 2014 berbanding dengan tahun 2013.Pengeluaran tahun 2013 adalah tertinggi yang dicapai dalam masa 7 tahun iaitu sebanyak 25,406 liter.
Dalam tempoh 7 tahun Ladang En.Mohd Razani telah mengeluarkan susu mentah sebanyak 66,698 liter. Peningkatan pengeluaran susu mentah yang tertinggi dari ladang En.Mohd Razani adalah pada tahun 2014 iaitu meningkat sebanyak 58.7% berbanding dengan tahun 2013.Pengeluaran tahun 2014 adalah tertinggi yang dicapai dalam masa 7 tahun iaitu sebanyak 21,088 Liter.
Secara keseluruhanya Jika dibandingkan pengeluaran tahun 2013 dengan 2014 didapati En.Mohd Razani telah berjaya meningkatkan pengeluaran yang tertinggi iaitu sebanyak 7% dari 17% kepada 24% diikuti En.Sukeri sebanyak 6 %.
Corak pengeluaran susu mentah bagi setiap ladang penternak bagi tahun 2014 sebagaimana carta yang ditunjuk dibawah:-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan