Sabtu, 11 Jun 2016

INOVASI SUSU KAMBING SEBAGAI PRODUK KECANTIKAN


Sempena Karnival Bio-K Negeri Kelantan 2016 yang diadakan pada 12-15 mei 2016 di Kelantan Trade Centre Kota Bharu Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan bersama usahawan Affan Agro Sdn Bhd telah memperkenal satu produk kecantikan berasaskan susu kambing.Produk baru ini hasil inovasi yang dibangun oleh Pegawai dari PPIT Pasir Puteh dan Pegawai dari Unit Industri Asan Tani(ternakan) DVS Kelantan.Produk yang dilancarkan pada majlis ini losyen dan sabun berasaskan susu kambing dengan jenama SASUKA.

Pelancaran produk telah disempurnakan oleh YB Dato Hj.Che Abdullah bin Mat Nawi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani,Bioteknologi dan teknologi Hijau bersama YB Dato Ustaz Hj. Abdullah bin Yaacob,Speaker Kerajaan Negeri Kelantan.Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Dr. Suratan bin Kamarudin Pengarah DVS Kelantan, En hassan bin Zainudin Pengurus PPIT Pasir Puteh dan pemilik Syarikat Affan Agro Sdn Bhd Saudara Afendi.



 Dari kiri: Hassan,Dr.Suratan,Dato Che Abdullah,Dato Abdulllah dan sdr Afendi 
mempromosikan produK SASUKA


YB Dato Che Abdullah ditunjukkan cara penggunaan lonyen SASUKA

Beergambar bersama promoter SASUKA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan