Pada tahun 2014 PPIT Pasir Puteh
mencatat sejarah apabila pengeluaran susu mentahnya berjumlah sebanyak
86,956 liter iaitu meningkat sebanyak 42,218 liter atau 94.36 %
berbanding tahun 2008. Peningkatan pengeluaran susu mentah secara
menegak berlaku pada tahun 2012-2014 dengan purata peningkatan sebanyak
4.850.66 liter setahun.Daripada jumlah tersebut hanya sebanyak 3,988
liter atau 4.59 peratus dijual melalui PPIT dan selebihnya dijual
sendiri oleh penternak kepada vendor dan pembeli runcit.
Carta pengeluaran susu mentah PPIT Pasir Puteh 2014 |
Pada tahun 2014 En.Sukeri bin Mamat merupakan pengeluar susu mentah
terbanyak iaitu sebanyak 38,425.90 liter @ 45 % diikuti oleh En.Ibrahim
23,104.20 liter (27%), En.Mohd Razani 21088.00liter(24%) dan En.Ismail
bin Zakaria 3530 liter(4%) En.Mohd Aziz bin Zakaria 300 liter dan
En.Mohd Sabri 160 liter sahaja.
Pengeluaran susu mentah dari ladang En.Sukeri bin Mamat telah meningkat
sebanyak 28.5 % pada tahun 2014 berbanding dengan tahun 2013.Pengeluaran
tahun 2014 adalah tertinggi yang dicapai dalam masa 7 tahun.
Pengeluaran susu mentah dari ladang En.Ibrahim bin Ghani telah menurun sebanyak 9.06 % pada tahun 2014 berbanding dengan tahun 2013.Pengeluaran tahun 2013 adalah tertinggi yang dicapai dalam masa 7 tahun iaitu sebanyak 25,406 liter.
Pengeluaran susu mentah dari ladang En.Ibrahim bin Ghani telah menurun sebanyak 9.06 % pada tahun 2014 berbanding dengan tahun 2013.Pengeluaran tahun 2013 adalah tertinggi yang dicapai dalam masa 7 tahun iaitu sebanyak 25,406 liter.
Hi, my name is Vickie Loy, currently working on a Market Survey Report which required the average daily milk yield (pengeluaran susu mentah) in year 2014 for each state in Malaysia. May I know where can i get the information? Pls email me on vickie1004@hotmail.com
BalasPadamTq so much..