ORGANISASI



    KAKITANGAN PPIT PASIR PUTEH 2012



PENGURUS PPIT PASIR PUTEH


Hassan bin Zainudin



    Bertugas di PPIT Pasir  Puteh pada 01 Ogos 2012 sebagai  Pengurus PPIT pasir Puteh.Tugas
       dan tanggungjawab adalah:-

Bertanggungjawab kepada Pegawai Penyelaras Tenusu Negeri Kelantan  dan 
   Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan dalam membangunkan industri tenusu Negeri Kelantan :-



1.      Merancang, menyelaras dan mengurus pentadbiran pejabat, kakitangan,bangunan, aset-aset,stok barangan dan alatan di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu(PPIT) Pasir Puteh.

2.  Merancang, menyelaras dan melaksanakan program perkhidmatan tenusu (lembu/kambing) di  Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu Pasir Puteh meliputi pengukuhan ladang/penternak sedia ada dan perkhidmatan ladang/penternak baru, kawal selia kualti susu, memantau urusniaga dan bayaran kepada penternak.

3.      Merancang, menyelaras program latihan kakitangan dan penternak lembu tenusu dibawah seliaan Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu Pasir Puteh.

4.      Mengumpul, mengemaskini dan menganalisis data/maklumat akviviti industri tenusu  PPIT Pasir Puteh dan menyedia/ memajukan laporan tersebut kepada Pegawai Penyelaras Tenusu Negeri Kelantan  dan kepada lain-lain pegawai yang berkenaan.

5.     Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Penyelaras Tenusu Negeri Kelantan , Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri serta pegawai atasan lain dari masa kesemasa.




PEGAWAI LADANG(KOSONG)







BIDANG TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB

Bertanggungjawab kepada Pengurus Pusat Pembangunan IndustriTenusu(PPIT) 
Pasir Puteh dalam bidang:-



1.   Mengukuhkan ladang/penternak tenusu yang sedia ada dan merancang pembangunan projek-projek tenusu baru.

2.    Merancang, menyelaras dan melaksanakan program kesihatan gerompok , rawatan ternakan, pembiakan, pemakanan ternakan di ladang/penternak tenusu dibawah seliaan PPIT Pasir Puteh.

3.     Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti Lawatan Terancang dan Berjadual (LTJ) serta memberikan Perkhidmatan proaktif dari setiap aduan atau laporan yang diterima.

4.      Mengumpul, mengemaskini data/maklumat aktiviti ladang  tenusu,  menyedia dan memajukan laporan tersebut kepada Pengurus Pusat Pembangunan Industri Tenusu(PPIT) Pasir Puteh.


5.    Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengurus Pusat Pembangunan Industri Pasir Puteh , Penyelaras Tenusu Negri Kelantan , Pengarah Jabatan Pembangunan Veterinar Negeri serta pegawai atasan lain dari masa kesemasa.


PN.AZIZAH BT ABDULLAH



BAHAGIAN PENGENDALIAN SUSU

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB 


Bertanggungjawab kepada Pengurus Pusat Pembangunan Industri Tenusu(PPIT) Pasir 
Puteh dalam mengawal selia kuantiti, kualiti susu mentah yang diterima dan produk 
tenusu yang dihasilkan supaya menepati standard yang ditetapkan.




       1.Menjalankan ujian platform, dipusat pemproses,pengambilan contoh susu untuk tujuan bayaran harga,komposisi,penentuan gred,TPC dan kandungan antibiotik/inhibitor.

2. Menjalankan ujian mastitis di ladang dan penghantaran contoh susu ke makmal Veterinar Kawasan secara berkala

3. Mengawal selia premis ,menyelenggara mesin dan alatan pemprosesan susu supaya sentiasa dalam keadaan baik ,selamat serta memenuhi standard yang ditetapkan.

4. Mengumpul, merekod,mengemaskini maklumat kuantiti dan kualiti susu serta produk tenusu dan menyedia laporan kepada Pengurus Pusat Pembangunan Industri Tenusu(PPIT) Pasir Puteh.


5. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengurus Pusat Pembangunan Industri Pasir Puteh , Penyelaras Tenusu Negeri Kelantan , Pengarah Jabatan Pembangunan Veterinar Negeri serta pegawai atasan lain dari masa kesemasa.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan