Ahad, 6 Disember 2015

AISKRIM YOGURT POPULAR DI HPPNK 2015 KOTA SAMARAHAN SERAWAK

Sempena sambutan Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Kebangsaan(HPPNK) 2015 yang diadakan di Kota Samarahan,Serawak,Pihak Ibupejabat DVS Malaysia telah memberi penghormatan kepada usahawan bimbingan PPIT Pasir Puteh untuk mengadakan demostrasi dan promosi aiskrim yogurt dari susu segar kepada pengunjung di booth DVS.

Sambutan sangat menggalakan dari pengunjung yang ingin merasai kesedapan aiskrim yogurt yang diproses dari susu segar.Sebanyak 70 liter susu segar diproses sebagai yogurt dan dibuat aiskrim `goncang'.




En.Safii dan En.Zailani menyediakan aiskrim yogurt kepada pengunjung HPPNK 2015

Pengunjung teruja menikmati kelazatan aiskrim goncang yang diproses dari yogurt susu segar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan