Ahad, 6 Disember 2015

AISKRIM YOGURT POPULAR DI HPPNK 2015 KOTA SAMARAHAN SERAWAK

Sempena sambutan Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Kebangsaan(HPPNK) 2015 yang diadakan di Kota Samarahan,Serawak,Pihak Ibupejabat DVS Malaysia telah memberi penghormatan kepada usahawan bimbingan PPIT Pasir Puteh untuk mengadakan demostrasi dan promosi aiskrim yogurt dari susu segar kepada pengunjung di booth DVS.

Sambutan sangat menggalakan dari pengunjung yang ingin merasai kesedapan aiskrim yogurt yang diproses dari susu segar.Sebanyak 70 liter susu segar diproses sebagai yogurt dan dibuat aiskrim `goncang'.




En.Safii dan En.Zailani menyediakan aiskrim yogurt kepada pengunjung HPPNK 2015

Pengunjung teruja menikmati kelazatan aiskrim goncang yang diproses dari yogurt susu segar

PESTA FLORA DAN ORGANIK LOJING 2015

Pada 19-22 November 2015 Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Pesta Flora dan Organik Lojing.PPIT Pasir Puteh diberi penghormatan untuk mempamir dan mempromosi pruduk tenusu dan produk yang berasaskan organik.Diantara produk yang dipamirkan adalah baja organik,cecair Efektif Mikrob(EM) makanan ternakan dan Mudball.Promosi dan jualan produk tenusu seperti yorgut,dadih dan susu berperisa turut diadakan disamping pamiran statik aktiviti Jabatan dalam bidnag organik.

Majlis ini dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato Hj. Muhammad bin Yaacob Menteri Besar Kelantan.



YAB Menteri Besar Kelantan bersama EXCO Kerajaan Kelantan melawat gerai pamiran DVS

YB Exco Dato Fadli dan YB Exco Pertanian meminum yogurt yang dipromosikan

Isteri Wakil rakyat Kelantan turut mengunjungi gerai DVS



Begambar kenangan bersama ADUN Kelantan.