Sabtu, 1 Mac 2014

MESYUARAT NAIK TARAF KILANG PROSES SUSU PPIT PASIR PUTEH


Mesyuarat naiktaraf kilang proses susu PPIT Pasir Puteh kali ke4 telah diadakan pada 25 Februari 2014 bertempat di bilik mesyuarat JPV Jajahan Pasir Puteh bermula jam 10.00pg dan berakhir 1.00tgh.Mesyuarat dipegerusikan oleh Ybrs. Dr.Madzlan bin Mohd Salleh,Ketua Bahagian Industri Ternakan JPVNK.Mesyuarai ini juga turut dihadiri oleh Dr.Gunalan A/L Shanmugan yang mewakili Ketua Seksyen Tenusu Ibupejabat Putrajaya.


Mesyuarat dijalankan bersama dengan lawatan ke tapak kilang yangsedang dalam proses menaiktaraf

Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa 80 % dari kerja-kerja menaiktaraf bangunan kilang ini telah siap dan kini dalam fasa akhir.

Mesyuarat telah memuktamadkan beberapa perkara penting dalam kerja-kerja:-

Tiada lagi tambahan pembinaan dan kerja pengubahsuaian kedudukan komponen/alat.
Tarikh akhir siap kerja pada 16 Februari 2014.
Sistem  bekalan air seperti pemasangan paip dan pelan susun atur akan dibuat dengan kos tambahan yang baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan