Sabtu, 29 Mac 2014

LAWATAN DR.KASIM DARI UPM KE LADANG TENUSU SUNGAI DURIAN


Pada hari ini tetamu istimewa dari UPM iaitu DR.Kasim  telah datang melawat ladang Tenusu Sungai Durian disamping memantau program Latihan Industri 2 orang pelajar UPM. Dalam perbincangan selama 1 jam banyak pandangan yang bernas telah diutarakan bagi meningkatkan lagi pembangunan perusahaan tenusu di Ladang Sungai Durian dan Negeri Kelantan amnya.Terima kasih kepada Dr.Kasim diatas pandangan yang diberikan.


Gambar  kiri: Dr.Kasim(T.shirt biru cerah) bergambar bersama Pengurus PPIT dan 2 orang pelajar UPM yang menjalani Latihan Industri  .Gambar kanan: Dr.Kasim memerhati silaj diladang En.Mohd Razani.





27 Mac 2014

UJI LARI ALAT HOMOGENIZER DI KIOS MEMPROSES SUSU EN. MOHD RAZANI

 

Alat homogenizer susu yang dibeli oleh En.Mohd Razani hari ini telah dijalankan uji lari dibawah pemantauan oleh juruteknik pembekal. Insya Allah aktiviti pemerosesan akan dijalankan pada minggu pertama bulan April.

En.Mohd Razani sedang menguji alan homogenizer di kios memproses susu yang dibina oleh beliau.

Isnin, 10 Mac 2014

PROGRAM LTJ DAN KESIHATAN GEROMPOK

Pada hari ini Program Lawatan Terancang Dan Berjadual(LTJ) dan Program Kesihatan gerompok telah diadakan diladang En.Mohd Razani dan En.Mohd Sabri dengan bantuan tenaga dari 2 orang student UPM dan 2 orang Student UMK.Sebanyak 26 ekor lembu telah disuntik vaksin pelalian FMD,13  contoh darah telah diambil dari induk lembu,36 ekor lembu di beri rawatan cacing.Manakala aktiviti lain yang dijalankan adalah suntikan vitamin,ujian mastitis,tagging,pengambilan contoh najis dan pemeriksaan fizikal lain.

Aktiviti Kesihatan gerompok di Ladang Mohd.Sabri

Aktiviti Kesihatan gerompok di Ladang Mohd.Razani

STUDENT UMK MENERUSKAN PENGUMPULAN BAHAN PENYELIDIKAN


Hari ini 2 orang pelajar Fakulti Veterinar UMK meneruskan aktiviti pengambilan contoh darah,najis dan susu bagi menjalankan penyelidikan sisa antibiotik(residu) dalam susu,status nutrien dalam makanan lembu dan jangkitan parasit pada lembu tenusu di ladang Tenusu Sungai Durian,Pasir Puteh.Pengambilan sample hari ini adalah bagi kali kedua dan kali ketiga akan dijalankan pada hari Jumaat akan datang.


Student UMK Norfazilah dan Rafidah sedang mengambil sample najis di ladang
En .Mohd Razani



Isnin, 3 Mac 2014

PROJEK PENYELIDIKAN TAHUN AKHIR SISWA/SISWI UMK


Bermula  3 Mach 2014 seramai 4 orang student UMK menjalankan projek penyelidikan berkaitan dengan industri tenusu di PPIT Pasir Puteh.Aktiviti pelajar ini meliputi pengambilan sample najis,darah dan susu untuk diuji.Penyelidikan dibuat dalam aspek pencemaran residu antibiotik,tahap kebersihan susu dan kandungan zat nutrien dalam pemakanan lembu tenusu.


Student UMK diladang Mohd Razani,Sg.Durian.

En. Mohd Razani bergambar bersama student UMK(Norfadilah)


Projek penyelidikan ini memakan masa selama 3 minggu yang akan berakhir pada 21 Mach 2014.

Sabtu, 1 Mac 2014

MESYUARAT NAIK TARAF KILANG PROSES SUSU PPIT PASIR PUTEH


Mesyuarat naiktaraf kilang proses susu PPIT Pasir Puteh kali ke4 telah diadakan pada 25 Februari 2014 bertempat di bilik mesyuarat JPV Jajahan Pasir Puteh bermula jam 10.00pg dan berakhir 1.00tgh.Mesyuarat dipegerusikan oleh Ybrs. Dr.Madzlan bin Mohd Salleh,Ketua Bahagian Industri Ternakan JPVNK.Mesyuarai ini juga turut dihadiri oleh Dr.Gunalan A/L Shanmugan yang mewakili Ketua Seksyen Tenusu Ibupejabat Putrajaya.


Mesyuarat dijalankan bersama dengan lawatan ke tapak kilang yangsedang dalam proses menaiktaraf

Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa 80 % dari kerja-kerja menaiktaraf bangunan kilang ini telah siap dan kini dalam fasa akhir.

Mesyuarat telah memuktamadkan beberapa perkara penting dalam kerja-kerja:-

Tiada lagi tambahan pembinaan dan kerja pengubahsuaian kedudukan komponen/alat.
Tarikh akhir siap kerja pada 16 Februari 2014.
Sistem  bekalan air seperti pemasangan paip dan pelan susun atur akan dibuat dengan kos tambahan yang baru.