Alhamdulillah selesai dengan sessi pengauditan Akaun Amanah (Kod 84503) yang dijalankan pada 27-28 April 2016 oleh tiga orang pegawai dari Jabatan Audit Negara Cawangan Audit Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Putrajaya.
Rabu, 27 April 2016
PENGUDIATAN AKAUN AMANAH PEMBANGUNAN TERNAKAN KEMENTERIAN PERTANIAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2015
Isnin, 11 April 2016
UJIAN KUALITI SUSU DIMAKMAL KUALITI SUSU ALOR GAJAH MELAKA
Pada 7 April 2016 Pengurus PPIT Pasir Puteh bersama dengan Pegawai dari Unit Industri Asas Tani(ternakan) JPV Negeri Kelantan telah menjalankan ujian kualiti produk tenusu di Makmal Kualiti Susu Alor gajah Melaka. Ujian ini dijalankan adalah bagi memantau kualiti susu yang dikeluarkan oleh usahawan tenusu Negeri Kelantan. Sebanyak 20 contoh produk terdiri dari susu lembu segar,susu kambing,susu berperisa,yogurt dan dadih.
Proses menenyediakan contoh susu disediakan dibawah pemerhatian Pn.Rosnani Makmal Kualiti Susu Melaka |
Contoh produk tenusu yang diuji diMakmal Kualiti Susu Melaka |
Kami juga menjalankan ujian kualiti susu yang dipasteur dengan menggunakan alat PASTURIA. Ujian ini dibuat bagi menguji dan memantau keupayaan sebenar PATUSRIA dalam mengekalkan komposisi susu dan kandungan mikrobiologi selepas dipasteurkan.
Selasa, 5 April 2016
KONVENSYEN PENGEMBANGAN VETERINAR DVS KELANTAN 2016
Pada 04/04/16 DVS Kelantan telah menganjurkan Konvensyen Pengembangan
Veterinar 2016 di Hotel Crown Garden.Mencabar minda juga kali ini bila
terlibat secara langsung sebagai urusetia dan ahli panel
pertandingan.Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan nampaknya
menggembirakan semua pihak.
Kiri:Menjadi penal juri pertandingan persembahan lisa bersama En.Halim Kanan: Bersama staf PPVKB pemenang poster |
Kiri : Bersama staf PPVJPP pemenang keseluruhan Kanan: Menerima cenderahati sebagai penal juri dari Pengarah JPVNK |
Langgan:
Catatan (Atom)