Isnin, 2 November 2015

LAWATAN BELAJAR PELAJAR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN(UniSZA) KE PPIT PASIR PUTEH


Pada hari ini 02 November 2015 seramai 78 orang pelajar Fakulti Biosumber dan Industri Makanan diringi  seorang pensyarah UniSZA telah mengadakan lawatan belajat ke Ladang Tenusu Sungai Durian, Pasir Puteh.Lawatan ini bertujuan mendapat pendedahan mengenai teknologi Industri tenusu.


Bergambar bersama Pensyarah UniSZA

Menyampaikan taklimat projek Tenusu dan bioteknologi

Promosi minum yogurt dann PASTURIA  kepada pelajar UniSZA

Ahad, 1 November 2015

KARNIVAL BERTANI SATU IBADAH JAJAHAN TUMPAT 2015

Pada 22-24 Oktober 2015 PPIT Pasir Puteh telah dijemput untuk mempromosikan produk tenusu dan produk berasaskan Efektif Mikrob(EM) di Karnival Bertani Satu Ibadah Jajahan Tumpat.Produk tenusu seperti dadih,susu segar,susu berperisa dan yogurt dijual dengan harga promosi.Sambutan pengunjung sangat hebat terhadap produk tenusu.Manakala produk berasaskan Efektif Mikrob(EM) seperti makanan tambahan BIOPLUS ,EM2 dan EM2 serta Mudball turut mendapat sambutan walaupun ianya merupakan produk baru dikalangan pengunjung.


En.Hassan Pengurus PPIT Pasir Puteh memberi penerangan kepada pengunjung

Tn.Hj.Zakaria PPV Tumpat bersama di gerai DVS

Pengunjung membeli produk tenusu