Isnin, 28 September 2015

PENGELUARAN SUSU SEGAR DARI LADANG TENUSU SUNGAI DIJANGKA MENINGKAT PADA TAHUN 2016



Hari ini 29 September 2015 meneruskan aktiviti Lawatan terancang dan Berjadual(LTJ) dengan menjalankan aktiviti pemeriksaan kebuntingan lembu dan pengemaskini rekod pembiakan bagi bancian kelahiran kelahiran ternakan 2016.Alhamdulillah sebanyak 35 ekor atau 47% lembu didapati bunting dan dijangka melahirkan anak pada suku tahun petama dan kedua tahun 2016. Terima kasih kepada Seksyen Teknologi Pembiakan dan Pembakaan JPVNK diatas kerjasama yang berikan.

Dengan jumlah lembu bunting sebanyak 35 ekor adalah dianggarkan sebanyak 73,500 liter susu segar dapat dikeluarkan dari Ladang Tenusu Sungai Durian sehingga suku ketiga tahun 2016.


Ahad, 13 September 2015

MEMPROMOSI PRODUK AKOK SUSU

Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan pada 28-30 Ogos 2015 PPIT Pasir Puteh mempromosi AKOK SUSU suatu inovasi baru produk berasaskan susu segar. Inovasi produk baru ini diusahakan bersama 2 orang pelajar jurusan teknologi memproses Makanan dari UPM.

Kueh AKOK SUSU

Demostrasi menyediakan AKOK SUSU  di HPPN Kelantan 2015

Dua orang pelajar UPM yang mencipta inovasi AKOK SUSU