Pada 22 September 2014(isnin) 4 orang pegawai dari Bahagian Perangkaan Pertanian dan Alam Sekitar,Jabatan Perangkaan Malaysia telah datang melawat PPIT Pasir Puteh dan Ladang Tenusu Sungai Durian.Tujuan lawaran ini adalah untuk mendapat gambaran sebenar aktiviti penternakan lembu tenusu dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan industri tenusu.
Lawatan pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia ini diketuai oleh Cik Nur Khairunniza bt Harun dan dibantu Puan. Nor' ain bt Othman serta 3 orang staf Jabatan Perangkaan Negeri Kelantan.