Rabu, 20 Ogos 2014

21 OGOS 2014

LAWATAN STUDENT Phd. UMK AMAL NAJIM HASAN KE LADANG TENUSU SUNGAI DURIAN


Pada 21 Ogos 2014 Student Phd. UMK  Pn.Amal Najim Hasan dari negara Iraq bersama Pn.Hjh.Normala mengadakan soal selidek tesis Phd  di Ladang Sg.Durian PPIT P.Puteh. Beliau turut ditunjuk demostrasi program pembiakan keatas lembu tenusu.



Perbincangan dan soal selidik Pn.Amal Ajmal bersama En.Mohd Razani  dengan perantara Pn.Hjh.Normala


Demostrasi AI dijalankan oleh En.Azman


PEJABAT PPIT PASIR PUTEH BERWAJAH BARU


Pejabat PPIT Pasir Puteh kini berwajah baru apabila kerja penambahbaikan lantai simen kepada tile telah dilaksanakan.Kerja pengubahsuaian bermula 14 Ogos 2014 dan kini 50 % telah siap.Kerja-kerja ini dijangka sepenuhnya pada minggu hadapan.Terima kasih Ketua Seksyen Tenusu Ibupejabat Putrajaya diatas peruntukan yang disediakann.


Kiri: Pandangan ruangan bilk mesyuarat: Kanan: Ruangan Tamu

Isnin, 18 Ogos 2014

MAJLIS HARI RAYA EIDULFITRI UNIT TENUSU


Pada 17 Ogos 2014 Unit Tenusu DVS Kelantan telah mengadakan Majlis Hari Raya Eidulfitri bertempat di perkarangan PPIT Pasir Puteh.Majlis turut dihadiri oleh Dr.Kamaliah Ghazali Ketua Seksyen Tenusu Ibupejabat Putrajaya dan Drt.Madzlan Mohd Salleh Ketua Bahagian Industri DVS Kelantan. Tetamu lain termasuklah bekas pegawai PPIT Kelantan,Penternak dan pelanggan PPIT.


Jemputan dan tetamu VIP Dr.Kamaliah Ketua Seksyen Tenusu,Putrajaya di Majlis Hari Raya Unit Tenusu DVS Kelantan

Kiri: Ybrs. Dr.Madzlan bersama Hjh.Azizon Kanan: En.Ismail PPVJ Pasir Puteh turut hadir dalam majlis tersebut



___________________________________________________________________________


MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN PEMPROSESAN SUSU SEGAR PPIT PASIR PUTIH


Pada 17 Ogos 2014 satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan status semasa kerja penambahbaikan kilang susu segar PPIT Pasir Puteh.Mesyuarat ini dihadiri oleh Dr.Kamaliah Ghazali Ketua Seksyen Tenusu Ibupejabat Putrajaya dan Drt.Madzlan Mohd Salleh Ketua Bahagian Industri DVS Kelantan.Mesyuarat pada kali ini telah memutuskan bahawa kerja-kerja kecil dan perbekalan alatan perlu disegerakan oleh kontraktor memandangkan tempoh siap kerja telah melebihi 5 bulan.Tiada keputusan dibuat bilakah tarikh penyerahan bangunan perlu di buat..

Dr.Kamaliah dan Dr.Madzlan dan Hjh.Azizon turut menghadiri mesyuarat



Tn.Hj.Razak menyampaikan taklimat status terkini projek











Ahad, 10 Ogos 2014

PENYEDIAAN SILAJ BATANG JAGUNG OLEH STUDENT UM


Pada hari ini 5 orang pelajar UM yang menjalani latihan industri di PPIT telah didedahkan dengan pengalama memproses silaj dari batang jagung di Ladang Ternakan Rusa Rong Chenok.Sebanyak 9 tong atau 0.54 tan silaj dapat dihasilkan.





Rabu, 6 Ogos 2014

DEMOSTRASI PROGRAM PEMBIAKAN UNTUK STUDENT UM

Pada 05 Ogos 2014 student UM Latihan industri telah didedahkan dengan demostrasi dan latihan amal porogram pembiakan lembu tenusu.Aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan kebuntingan(PD) dan penggunaan aplikasi CIDR.Program ini dijalankan diladang En.Mohd Razani dan En.Ismail Zakaria melibatkan 15 ekor lembu.Fasilitator program adalah PN.Hjh.Normala Tukiban Ketua Seksyen Teknologi Pembiakan dan Pembakaan JPVNK.


Student UM menjalani latihan amal PD dan menndapat penjelasan program dari Pn.Hj.Normala



LATIHAN AMAL PENYEDIAAN SILAJ

Pada 04 Ogos 2014 student UM Latihan industri telah didedahkan dengan demostrasi dan latihan amal penyediaan silaj.Sebanyak  350 kg.@ 5 tong silaj napier diproses.


Student UM memproses silaj menggunakan silage compactor di Ladang En.Mohd Razani, Sg. Durian






Isnin, 4 Ogos 2014

LAWATAN KETUA SEKSYEN TENUSU IBUPEJABAT KE PPIT PASIR PUTEH


Pada 03 Ogos 2014 Dr.Kamaliah Ketua Seksyen Tenusu Ibupejabat DVS Putrajaya telah melawat PPIT Pasir Puteh bagi meninjau perkembangan projek naik taraf kilang memproses susu.Beliu juga berkesempatan melawat Ladang Tenusu Sungai Durian.Perbincangan dua hala diantara beliau dan penternak-penternak berjalan dengan penuh mesra.Beliau mengambil masa melawat ladang En.Sukeri,En.Razani dan En. Sabri serta memberi nasihat secara langsung kepada penternak-penternak di Sungai Durian.Lawatan berakhir jam 7.00ptg.


Dr.Kamaliah melihat dari dekat silaj yang diproses oleh En.Mohd Razani

Dr.Kamailah di Pejabat PPIT Pasir Puteh

Dr.Kamaliah berbincang dengan penternak mengenai pengurusan anak lembu