Rabu, 28 Mei 2014

KARNIVAL BERTANI SATU IBADAH PERINGKAT JAJAHAN KUALA KRAI 2014

Pada 27-28 Mei 2014 Karnival Bertani Satu Ibadah peringkat Jajahan Kuala Krai telah diadakan di RPT Cucuh Puteri 2. Bagi memeriahkan karnival tersebut PPIT Pasir Puteh telah diarahkan mempromosi `MINUM SUSU SEGAR'di gerai statik DVS Kelantan.Sebanyak 150 liter susu habis dipromosikan dalam tempoh 2 hari tersebut.Disamping itu jualan produk tenusu seperti dadih,susu berperisa dan aiskrim susu segar juga diadakan.



Pengunjung mengunjungi gerai pamiran statik DVS sambil minum susu segar yang dipromosikan.En.Safii sedang mempromosikan susu kepada pengunjung.



LAWATAN YB DATO' SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN KE LADANG TENUSU SUNGAI DURIAN


Pada 27 Mei 2014 Yang Berhormat Dato' Hj.Mohd Fauzi Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah melakukan lawatan kerja ke Ladang Tenusu Sungai Durian Pasir Puteh. Lawatan ini juga turut disertai oleh Tuan Ketua Jajahan Pasir Puteh,Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan,Pengawa Daerah Bukit Abal dan disertai Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri dan Jajahan.


YB Dato' SUK menyaksikan demostrasi Permanian Beradas

Ketua Jajahan Pasir Puteh,Pengarah Jab.Pertanian dan Dr.Hj.Madzlan(DVS)       








Jumaat, 16 Mei 2014

ROAD TO MAHA 2014 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Pada 15-17 Mei Majlis pelancaran `ROAD TO MAHA 2014' peringkat Negeri Kelantan telah diadakan di Padang Awam Selising Pasir Puteh,Kelantan.PPIT Pasir Puteh diberi tugas mempromosikan minum susu segar dan yourgut serta jualan produk tenusu.Sebanyak 100 liter susu segar dan 30 liter yourgut diperuntukan untuk dipromosikan kepada pengunjung sepanjang tempoh program ini.Pegawai yang terlibat adalah En.Hassan,Pn.Azizah dan En.Safii.Suasana gerai promosi susu dan yourgut sangat meriah dikunjungi oleh golongan dewasa,remaja,kanak-kanak dan anak kecil..



Latarbelakang pentas ROAD TO MAHA 2014 Peringkat Negeri Kelantan.

Pengunjung kanak-kanak beratus untuk mendapatkan susu segar promosi


Anak kecil juga tidak lepas peluang meminum susu segar..apatah lagi yang sudah sihat..