Selasa, 29 April 2014

PROGRAM PEMBIAKAN BERKELOMPOK DI LADANG SUNGAI DURIAN


Pada 27.04.2014 PPIT Pasir Puteh mendapat kerjasama dari Seksyen Pembiakan dan Pembakaan JPVNK telah mengadakan program pembiakan berkelompok di Ladang En.Sukeri bin Mamat dan Ladang En.Ibrahim Ghani.Seramai 36 ekor lembu telah dijalankan ujian kebuntingan dan didapati 19 ekor telah bunting dan 12 ekor diberi rawatan hormon dengan kaedah CIDR.


En.Wan Azlan Seksyen Pembiakan JPVNK sedang menjalankan PD diladang En.Sukeri bin Mamat

Rabu, 23 April 2014

LATIHAN AMAL PROSES BAJA ORGANIK STUDENT UPM


Pada Khamis 24.04.14 aktiviti pertama student UPM dibawah program Lahihan Industri di PPIT Pasir Puteh adalah memproses baja organik.Latihan industri student ini bermula 20.4.14 hingga 20.07.14 .Sebanyak 120kg.baja organik dapat dihasilkan.

Student UPM Mohd Sahir(seluar hijau) bersama En.Shafii memproses baja organik di Sg.Durian

Selasa, 22 April 2014

LAWATAN DR.WAN ZAHARI DAN DR.HASSAN YACUBA DARI UMK


Pada rabu 23.04.2014 Dr.Wan Zahari pensyarah Fakulti Veterinar dan Dr. Hassan Yacuba  pelajar master dari UMK Kelantan datang ke PPIT Pasir Puteh dan melawat ladang Tenusu Sungai Durian.Tujuan lawatan ini adalah bagi membincang projek master Dr. Hassan Yacuba yang akan dijalankan di Ladang Sungai Durian.



Projek master yang akan dijalankan adalah berkaitan dengan pemakanan ternakan dan pengeluaran susu.

KURSUS PENGENDALIAN PROJEK INOVASI JABATAN BIL.1 TAHUN 2014

Pada 21 April 2014 sessi kursus berkaitan dengan pengendalian projek inovasi Jabatan Perkhimatan Veterinar Negeri Kelantan telah diadakan di Bilik Kijang JPVNK.Seramai 40 orang pegawai dan kakitangan JPVNK telah menghadiri kursus ini.Kursus ini dirasmikan oleh YBrs. Dr.Hj.Madzlan bin Mohd Salleh Ketua Bahagian Industri selaku pengerusi Jawatankuasa Induk Kualiti JPVNK. Seramai 3 orang kakitangan PPIT Kelantan menyertai kursus ini.


En.Safii Pemandu PPIT Pasir Puteh menyertai Kursus ini dengan aktif.

Sabtu, 19 April 2014

PROMOSI MINUM SUSU SEGAR DAN JUALAN PRODUK TENUSU DI KARNIVAL BERTANI SATU IBADAH JAJAHAN TUMPAT


Pada 17-18 April Karnival Bertani satu Ibadah peringkat Jajahan Tumpat telah diadakan di Padang Awam berhampiran Bulatan Wakaf Bharu.Bagi memeriahkan lagi karnivai ini pihak PPIT Pasir Puteh dijemput untuk mengadakan promosi minum susu segar dan jualan produk tenusu.Sebanyak 100 liter susu segar telah diberi minum secara percuma kepada pengunjung. Jualan produk tenusu yang promosikan adalah aiskrim susu segar,yourgot,susu perasa,dadih dan susu kambing.PPIT menghantar 4 orang kakitangan bagi menyelaras aktiviti ini,Pn.Azizah,En Shafii,En.Ridzuan termasuk juga Pengurus PPIT Pasir Puteh.


En.Shafii dan Pn.Azizah melayan tetamu yang berkunjung digerai Veterinar Kelantan di Karnival BSI Jajahan Tumpat.

Selasa, 15 April 2014

LAWATAN KENAL MESRA KAKITANGAN PENTADBIRAN JPVNK



Pada selasa 3 orang kakitangan Bahagian Pentadbiran JPVNK telah datang ke pejabat PPIT Pasir Puteh bagi melakukan lawatan  kenal mesra dan beramah mesra dengan kakitangan PPIT. Perbincangan santai antara kedua pihak bagi mendalami lagi kefahaman tentang tugas-tugas PPIT. Lawatan ini berakhir dengan jamuan makan laksan + puyuh goreng.



Gambar kiri : Makan laksan puyuh goreng. Gambar Kanan: Perbincangan santai di pejabat PPIT

Isnin, 14 April 2014

PENGELUARAN SUSU PPIT PASIR PUTEH JAN-MAC 2014


Dalam tempoh suku pertama 2014 sebanyak 21747.64  liter telah dikeluarkan oleh penternak PPIT Pasir Puteh.Pengeluaran ini meningkat sebanyak 987.4 liter @ 4.75 % berbanding dengan suku pertama tahun 2013.




Dalam tempoh suku tahun pertama 2014 sebanyak 13% susu mentah dijual oleh penternak melalui PPIT Pasir Puteh dan selebihnya dijual sendiri oleh penternak.




Pada tempoh suku tahun pertama 2014  sebanyak 30 ekor @ 37 %  induk mengeluarkan susu dan selebihnya induk kering dan bunting.



Stok ternakan semasa di Ladang Sungai Durian PPIT Pasir Puteh.

Sabtu, 12 April 2014

PROGRAM PEMBIAKAN DI LADANG TENUSU SUNGAI DURIAN


Pada hari ini 13/04/14 aktivti pemeriksaan kebungtingan dan pembiakan dijalankan di Ladang tenusu En.Mohd Sabri dan  En.Mohd Razani.Sebanyak 16 ekor lembu telah diperiksa. 7 ekor disahkan bunting manakala 9 ekor diberi penggalak hormon dengan teknik CIDR. Program pada hari ini adalah dengan kerjasama Seksyen Teknologi Pembiakan dan Pembakaan JPVNK diikut serta oleh seorang pelajar dari UMK.

Kiri : En.Azman menjalankan PD diladang Mohd. Sabri     ,Kanan: EnAzlan menjalnkan PD di Ladang Mohd Razani.


AKTIVITI PEMPROSESAN SILAJ


Hari ini juga aktiviti pemprosesan silaj dijalankan di Ladang En.Mohd Razani.Sebanyak 2.50 tan atau 41 tong silaj telah dihasilkan dengan menggunakan mesin Pollysilage Compressor sumbangan Politeknik Kota Bharu.


En.Harun,pekerja Ladang En.Mohd Razani memproses silaj dengan menggunakanPollysilage Compressor   

MAJLIS PERPISAHAN STUDENT PROGRAM LATIHHAN INDUSTRI UPM


Pada hari insin 8 April 2014 jam 9.00 malam satu majlis perpisahan ringkas telah diadakan di KFC Pasir Tumbuh bagi meraikan dua orang student UPM yang telah menamatkan dengan jayanya Latihan Industri selama 3 bulan mulai 20 Januari hingga 11 April 2014.Tahniah kepada Ahmad Syabeer bin Rozali dan Amal Fahmi bin Khalid diatas komitmen tinggi yang dizahirkan sepanjang tempoh Latihan Industri yang di jalankan di Ladang Tenusu Sungai Durian,Pasir Puteh.




Tambah kapsyen

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada EN.Mohd Razani usahawan yang turut sama terlibat dalam menjayakan program Latihan Industri ini.