Ahad, 14 Disember 2014

LATIHAN AMALI PELAJAR IVM TAMAT DENGAN JAYANYA



Pada 11Disember 2014 enam orang pelajar IVM telah tamat menjalani Latihan Amali di Ladang Tenusu Sungai Durian,PPIT Pasir Puteh.Secara keseluruhanya semua pelajar ini telah menjalani latihan dengan penuh komitmen dan mempunyai disiplin yang tinggi terhadap ilmu yang dipelajari.Mereka didedahkan kepada beberapa aktiviti seperti memproses makanan ternakan,bioteknologi Mikrob,Pengurusan ternakan tenusu,Program pembiakan dan kesihatan gerompok.

wakil pelajar menyampaikan cenderahati kepada PPIT Pasir Puteh

Aktiviti memproses EM2

Aktiviti memproses silaj


Aktiviti memproses makanan ternakan

Aktiviti kesihatan gerompok

Ahad, 23 November 2014

LAWATAN KE MAHA 2014

Pada 23 November 2014 Pengurus PPIT Pasir Puteh telah mengadakan  lawatan ke MAHA 2014 bersama dengan seorang usahawan/pentenak (En.Mohd Razani) Ladang Tenusu Sungai Durian.



Makan tengahari di KLIA2 semasa menjemput En.Mohd Razani melawat MAHA 2014




En.Mohd Razani bergambar dihadapan poster MAHA 2014



Rabu, 5 November 2014

KURSUS GMP DI INTEKMA RESORT


Pada 3-5 November 2014 pihak kami telah menghadiri kursus Good Manufactoring Practices(GMP) di Intekma resort Shah Alam.Kursus ini juga turut dihadiri oleh usahawan tenusu  En.Mohd Razani bin Che Mat yang baru mencebur diri dalam aktiviti memproses susu segar.


Santai sebelum ceramah bermula sessi petang


En.Mohd Razani meneliti nota ceramah yang disediakan


Sabtu, 18 Oktober 2014

EN. MOHD ZAIN DOLLAH PENERIMA APC 2013


Tahniah kepada dua orang staf PPIT Kelantan diatas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2013. Beliau adalah EN. MOHD ZAIN BIN DOLLAH dari PPIT Pasir Puteh dan EN. MOHD NASIR  dari PPIT Tanah Merah.

Sabtu, 11 Oktober 2014

KARNIVAL BERTANI SATU IBADAH JAJAHAN JELI


Pada 30 September 2014  PPIT Pasir Puteh diberi tanggongjawab sekali lagi bagi membantu memeriahkan majlis Karnival Bertani Sati Ibadah peringkat Jajahan Jeli.Majlis ini diadakan di perkerangan Masjid Seberang Jeli.Dua orang kakitangan terlibat pada majlis ini dengan menjalankan aktiviti jualan promosi produk tenusu dan makanan ternakan.Produk tenusu yang dipromosikan adalah susu segar,susu perisa dan dadih.Majlis bermula jam 2.00ptg dan berakhir jam 10.00mlm.


Pengunjung melihat dengan dekat aktiviti DVS dan membeli produk tenusu


En.Safii menjalankan promosi produk tenusu di BSI Jeli

Ahad, 21 September 2014

LAWATAN PEGAWAI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA KE PPIT PASIR PUTEH


Pada 22 September 2014(isnin) 4 orang pegawai dari Bahagian Perangkaan Pertanian dan Alam Sekitar,Jabatan Perangkaan Malaysia telah datang melawat PPIT Pasir Puteh dan Ladang Tenusu Sungai Durian.Tujuan lawaran ini adalah untuk mendapat gambaran sebenar aktiviti penternakan lembu tenusu dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan industri tenusu.


Lawatan pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia ini diketuai oleh Cik Nur Khairunniza bt Harun dan dibantu Puan. Nor' ain bt Othman serta 3 orang staf Jabatan Perangkaan Negeri Kelantan.

AKTIVITI TURUN PADANG PPIT PASIR PUTEH BULAN SEPTEMBER 2014

Pada 21 /09/14 semua warga PPIT Pasir Puteh turun padang menjalankan aktiviti gotong royong membersih kawasan persekitaran pejabat Ladang Tenusu Sungai Durian.Aktiviti yang dijalankan adalah memesin rumput,membersih kawasan dalaman pejabat,tangki susu,papan tanda dan sebagainya.Aktiviti pada hari ini berakhir jam 12.00tgh.Terima kasih kepada warga PPIT Pasir Puteh diatas kerjasama dan komitmen yang diberikan bagi menjayakan program pada kali ini.




Rabu, 20 Ogos 2014

21 OGOS 2014

LAWATAN STUDENT Phd. UMK AMAL NAJIM HASAN KE LADANG TENUSU SUNGAI DURIAN


Pada 21 Ogos 2014 Student Phd. UMK  Pn.Amal Najim Hasan dari negara Iraq bersama Pn.Hjh.Normala mengadakan soal selidek tesis Phd  di Ladang Sg.Durian PPIT P.Puteh. Beliau turut ditunjuk demostrasi program pembiakan keatas lembu tenusu.



Perbincangan dan soal selidik Pn.Amal Ajmal bersama En.Mohd Razani  dengan perantara Pn.Hjh.Normala


Demostrasi AI dijalankan oleh En.Azman


PEJABAT PPIT PASIR PUTEH BERWAJAH BARU


Pejabat PPIT Pasir Puteh kini berwajah baru apabila kerja penambahbaikan lantai simen kepada tile telah dilaksanakan.Kerja pengubahsuaian bermula 14 Ogos 2014 dan kini 50 % telah siap.Kerja-kerja ini dijangka sepenuhnya pada minggu hadapan.Terima kasih Ketua Seksyen Tenusu Ibupejabat Putrajaya diatas peruntukan yang disediakann.


Kiri: Pandangan ruangan bilk mesyuarat: Kanan: Ruangan Tamu

Isnin, 18 Ogos 2014

MAJLIS HARI RAYA EIDULFITRI UNIT TENUSU


Pada 17 Ogos 2014 Unit Tenusu DVS Kelantan telah mengadakan Majlis Hari Raya Eidulfitri bertempat di perkarangan PPIT Pasir Puteh.Majlis turut dihadiri oleh Dr.Kamaliah Ghazali Ketua Seksyen Tenusu Ibupejabat Putrajaya dan Drt.Madzlan Mohd Salleh Ketua Bahagian Industri DVS Kelantan. Tetamu lain termasuklah bekas pegawai PPIT Kelantan,Penternak dan pelanggan PPIT.


Jemputan dan tetamu VIP Dr.Kamaliah Ketua Seksyen Tenusu,Putrajaya di Majlis Hari Raya Unit Tenusu DVS Kelantan

Kiri: Ybrs. Dr.Madzlan bersama Hjh.Azizon Kanan: En.Ismail PPVJ Pasir Puteh turut hadir dalam majlis tersebut



___________________________________________________________________________


MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN PEMPROSESAN SUSU SEGAR PPIT PASIR PUTIH


Pada 17 Ogos 2014 satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan status semasa kerja penambahbaikan kilang susu segar PPIT Pasir Puteh.Mesyuarat ini dihadiri oleh Dr.Kamaliah Ghazali Ketua Seksyen Tenusu Ibupejabat Putrajaya dan Drt.Madzlan Mohd Salleh Ketua Bahagian Industri DVS Kelantan.Mesyuarat pada kali ini telah memutuskan bahawa kerja-kerja kecil dan perbekalan alatan perlu disegerakan oleh kontraktor memandangkan tempoh siap kerja telah melebihi 5 bulan.Tiada keputusan dibuat bilakah tarikh penyerahan bangunan perlu di buat..

Dr.Kamaliah dan Dr.Madzlan dan Hjh.Azizon turut menghadiri mesyuarat



Tn.Hj.Razak menyampaikan taklimat status terkini projek











Ahad, 10 Ogos 2014

PENYEDIAAN SILAJ BATANG JAGUNG OLEH STUDENT UM


Pada hari ini 5 orang pelajar UM yang menjalani latihan industri di PPIT telah didedahkan dengan pengalama memproses silaj dari batang jagung di Ladang Ternakan Rusa Rong Chenok.Sebanyak 9 tong atau 0.54 tan silaj dapat dihasilkan.





Rabu, 6 Ogos 2014

DEMOSTRASI PROGRAM PEMBIAKAN UNTUK STUDENT UM

Pada 05 Ogos 2014 student UM Latihan industri telah didedahkan dengan demostrasi dan latihan amal porogram pembiakan lembu tenusu.Aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan kebuntingan(PD) dan penggunaan aplikasi CIDR.Program ini dijalankan diladang En.Mohd Razani dan En.Ismail Zakaria melibatkan 15 ekor lembu.Fasilitator program adalah PN.Hjh.Normala Tukiban Ketua Seksyen Teknologi Pembiakan dan Pembakaan JPVNK.


Student UM menjalani latihan amal PD dan menndapat penjelasan program dari Pn.Hj.Normala



LATIHAN AMAL PENYEDIAAN SILAJ

Pada 04 Ogos 2014 student UM Latihan industri telah didedahkan dengan demostrasi dan latihan amal penyediaan silaj.Sebanyak  350 kg.@ 5 tong silaj napier diproses.


Student UM memproses silaj menggunakan silage compactor di Ladang En.Mohd Razani, Sg. Durian






Isnin, 4 Ogos 2014

LAWATAN KETUA SEKSYEN TENUSU IBUPEJABAT KE PPIT PASIR PUTEH


Pada 03 Ogos 2014 Dr.Kamaliah Ketua Seksyen Tenusu Ibupejabat DVS Putrajaya telah melawat PPIT Pasir Puteh bagi meninjau perkembangan projek naik taraf kilang memproses susu.Beliu juga berkesempatan melawat Ladang Tenusu Sungai Durian.Perbincangan dua hala diantara beliau dan penternak-penternak berjalan dengan penuh mesra.Beliau mengambil masa melawat ladang En.Sukeri,En.Razani dan En. Sabri serta memberi nasihat secara langsung kepada penternak-penternak di Sungai Durian.Lawatan berakhir jam 7.00ptg.


Dr.Kamaliah melihat dari dekat silaj yang diproses oleh En.Mohd Razani

Dr.Kamailah di Pejabat PPIT Pasir Puteh

Dr.Kamaliah berbincang dengan penternak mengenai pengurusan anak lembu



Selasa, 15 Julai 2014


Selasa, 8 Julai 2014

MEMPROSES MUDBALL

Pada hari ini 5 orang student UM dan 2 orang student UPM telah menjalani praktikal memproses penyediaan Mudball.Sebanyak 200 biji mudball telah dihasilkan.


Aktiviti penyediaan bahan dijalankan oleh student berkenaan



19 JUN 2014- KHAMIS

EN.MOHD RAZANI DIANUGERAHKAH USAHAWAN BIO-TERNAK 2014


Pada 18-21 Jun 2014 Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan Karnival Bioteknologi atau BIO-K bertempat di Kelantan Trade Centre(KTC) Kota Bharu.Karnival BIO-K ini merupakan kali kedua yang diadakan oleh kerajaan Negeri Kelantan.Pada karnival kali ini anugerah usahawan Bioteknologi telah diperkenalkan. Anugerah Usahawan Bio.Ternak bagi tahun 2014 telah dimenangi oleh EN.MOHD RAZANI BIN CHE MAT usahawan lembu tenusu dari ladang Sungai Durian,Pasir Puteh Kelantan.Anugerah itu telah disampaikan oleh YB Dato' Haji Nik Amar bin Nik Abdullah Timbalan Menteri Besar Kelantan.

En.Mohd Razani menerima anugerah dari YB.Timb.Menteri Besar Kelantan
bersama YB Exco Pertanian Negeri Kelantan.

En. Mohd Razani Bergambar bersama En.Hassan Pengurus PPIT Pasir Puteh dan
En.Zailani serta En .Azman Pegawai JPVNK

KARNIVAL BIOTEKNOLOGI NEGERI KELANTAN 2014



Pengurus PPIT Pasir Puteh terlibat secara langsung  dalam program dan aktiviti DVS dalam menjayakan Karnival Bioteknologi Negeri Kelantan 2014.Aktiviti utama adalah dalam penyediaan bahan pamiran produk biotek jabatan,demostrasi Permanian Beradas dan sessi diskusi. 


Minuman yorgot (produk biotek) dipromosikan kepada YB Dato' Nik Amar
Timb.Menteri Besar Kelantan dan tetamu lain.


YB Dato' Nik Amar Timb.Menteri Besar Kelantan menandatangani
buku pelawat di booth DVS Kelantan.

Ucapan terima kasih kepada YB Dato' Nik Amar Timb.Menteri Besar Kelantan
kerana sudi beramah mesra di booth DVS Kelantan


Rabu, 28 Mei 2014

KARNIVAL BERTANI SATU IBADAH PERINGKAT JAJAHAN KUALA KRAI 2014

Pada 27-28 Mei 2014 Karnival Bertani Satu Ibadah peringkat Jajahan Kuala Krai telah diadakan di RPT Cucuh Puteri 2. Bagi memeriahkan karnival tersebut PPIT Pasir Puteh telah diarahkan mempromosi `MINUM SUSU SEGAR'di gerai statik DVS Kelantan.Sebanyak 150 liter susu habis dipromosikan dalam tempoh 2 hari tersebut.Disamping itu jualan produk tenusu seperti dadih,susu berperisa dan aiskrim susu segar juga diadakan.



Pengunjung mengunjungi gerai pamiran statik DVS sambil minum susu segar yang dipromosikan.En.Safii sedang mempromosikan susu kepada pengunjung.



LAWATAN YB DATO' SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN KE LADANG TENUSU SUNGAI DURIAN


Pada 27 Mei 2014 Yang Berhormat Dato' Hj.Mohd Fauzi Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah melakukan lawatan kerja ke Ladang Tenusu Sungai Durian Pasir Puteh. Lawatan ini juga turut disertai oleh Tuan Ketua Jajahan Pasir Puteh,Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan,Pengawa Daerah Bukit Abal dan disertai Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri dan Jajahan.


YB Dato' SUK menyaksikan demostrasi Permanian Beradas

Ketua Jajahan Pasir Puteh,Pengarah Jab.Pertanian dan Dr.Hj.Madzlan(DVS)       








Jumaat, 16 Mei 2014

ROAD TO MAHA 2014 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Pada 15-17 Mei Majlis pelancaran `ROAD TO MAHA 2014' peringkat Negeri Kelantan telah diadakan di Padang Awam Selising Pasir Puteh,Kelantan.PPIT Pasir Puteh diberi tugas mempromosikan minum susu segar dan yourgut serta jualan produk tenusu.Sebanyak 100 liter susu segar dan 30 liter yourgut diperuntukan untuk dipromosikan kepada pengunjung sepanjang tempoh program ini.Pegawai yang terlibat adalah En.Hassan,Pn.Azizah dan En.Safii.Suasana gerai promosi susu dan yourgut sangat meriah dikunjungi oleh golongan dewasa,remaja,kanak-kanak dan anak kecil..



Latarbelakang pentas ROAD TO MAHA 2014 Peringkat Negeri Kelantan.

Pengunjung kanak-kanak beratus untuk mendapatkan susu segar promosi


Anak kecil juga tidak lepas peluang meminum susu segar..apatah lagi yang sudah sihat..



Selasa, 29 April 2014

PROGRAM PEMBIAKAN BERKELOMPOK DI LADANG SUNGAI DURIAN


Pada 27.04.2014 PPIT Pasir Puteh mendapat kerjasama dari Seksyen Pembiakan dan Pembakaan JPVNK telah mengadakan program pembiakan berkelompok di Ladang En.Sukeri bin Mamat dan Ladang En.Ibrahim Ghani.Seramai 36 ekor lembu telah dijalankan ujian kebuntingan dan didapati 19 ekor telah bunting dan 12 ekor diberi rawatan hormon dengan kaedah CIDR.


En.Wan Azlan Seksyen Pembiakan JPVNK sedang menjalankan PD diladang En.Sukeri bin Mamat

Rabu, 23 April 2014

LATIHAN AMAL PROSES BAJA ORGANIK STUDENT UPM


Pada Khamis 24.04.14 aktiviti pertama student UPM dibawah program Lahihan Industri di PPIT Pasir Puteh adalah memproses baja organik.Latihan industri student ini bermula 20.4.14 hingga 20.07.14 .Sebanyak 120kg.baja organik dapat dihasilkan.

Student UPM Mohd Sahir(seluar hijau) bersama En.Shafii memproses baja organik di Sg.Durian

Selasa, 22 April 2014

LAWATAN DR.WAN ZAHARI DAN DR.HASSAN YACUBA DARI UMK


Pada rabu 23.04.2014 Dr.Wan Zahari pensyarah Fakulti Veterinar dan Dr. Hassan Yacuba  pelajar master dari UMK Kelantan datang ke PPIT Pasir Puteh dan melawat ladang Tenusu Sungai Durian.Tujuan lawatan ini adalah bagi membincang projek master Dr. Hassan Yacuba yang akan dijalankan di Ladang Sungai Durian.



Projek master yang akan dijalankan adalah berkaitan dengan pemakanan ternakan dan pengeluaran susu.

KURSUS PENGENDALIAN PROJEK INOVASI JABATAN BIL.1 TAHUN 2014

Pada 21 April 2014 sessi kursus berkaitan dengan pengendalian projek inovasi Jabatan Perkhimatan Veterinar Negeri Kelantan telah diadakan di Bilik Kijang JPVNK.Seramai 40 orang pegawai dan kakitangan JPVNK telah menghadiri kursus ini.Kursus ini dirasmikan oleh YBrs. Dr.Hj.Madzlan bin Mohd Salleh Ketua Bahagian Industri selaku pengerusi Jawatankuasa Induk Kualiti JPVNK. Seramai 3 orang kakitangan PPIT Kelantan menyertai kursus ini.


En.Safii Pemandu PPIT Pasir Puteh menyertai Kursus ini dengan aktif.

Sabtu, 19 April 2014

PROMOSI MINUM SUSU SEGAR DAN JUALAN PRODUK TENUSU DI KARNIVAL BERTANI SATU IBADAH JAJAHAN TUMPAT


Pada 17-18 April Karnival Bertani satu Ibadah peringkat Jajahan Tumpat telah diadakan di Padang Awam berhampiran Bulatan Wakaf Bharu.Bagi memeriahkan lagi karnivai ini pihak PPIT Pasir Puteh dijemput untuk mengadakan promosi minum susu segar dan jualan produk tenusu.Sebanyak 100 liter susu segar telah diberi minum secara percuma kepada pengunjung. Jualan produk tenusu yang promosikan adalah aiskrim susu segar,yourgot,susu perasa,dadih dan susu kambing.PPIT menghantar 4 orang kakitangan bagi menyelaras aktiviti ini,Pn.Azizah,En Shafii,En.Ridzuan termasuk juga Pengurus PPIT Pasir Puteh.


En.Shafii dan Pn.Azizah melayan tetamu yang berkunjung digerai Veterinar Kelantan di Karnival BSI Jajahan Tumpat.

Selasa, 15 April 2014

LAWATAN KENAL MESRA KAKITANGAN PENTADBIRAN JPVNK



Pada selasa 3 orang kakitangan Bahagian Pentadbiran JPVNK telah datang ke pejabat PPIT Pasir Puteh bagi melakukan lawatan  kenal mesra dan beramah mesra dengan kakitangan PPIT. Perbincangan santai antara kedua pihak bagi mendalami lagi kefahaman tentang tugas-tugas PPIT. Lawatan ini berakhir dengan jamuan makan laksan + puyuh goreng.



Gambar kiri : Makan laksan puyuh goreng. Gambar Kanan: Perbincangan santai di pejabat PPIT

Isnin, 14 April 2014

PENGELUARAN SUSU PPIT PASIR PUTEH JAN-MAC 2014


Dalam tempoh suku pertama 2014 sebanyak 21747.64  liter telah dikeluarkan oleh penternak PPIT Pasir Puteh.Pengeluaran ini meningkat sebanyak 987.4 liter @ 4.75 % berbanding dengan suku pertama tahun 2013.




Dalam tempoh suku tahun pertama 2014 sebanyak 13% susu mentah dijual oleh penternak melalui PPIT Pasir Puteh dan selebihnya dijual sendiri oleh penternak.




Pada tempoh suku tahun pertama 2014  sebanyak 30 ekor @ 37 %  induk mengeluarkan susu dan selebihnya induk kering dan bunting.



Stok ternakan semasa di Ladang Sungai Durian PPIT Pasir Puteh.

Sabtu, 12 April 2014

PROGRAM PEMBIAKAN DI LADANG TENUSU SUNGAI DURIAN


Pada hari ini 13/04/14 aktivti pemeriksaan kebungtingan dan pembiakan dijalankan di Ladang tenusu En.Mohd Sabri dan  En.Mohd Razani.Sebanyak 16 ekor lembu telah diperiksa. 7 ekor disahkan bunting manakala 9 ekor diberi penggalak hormon dengan teknik CIDR. Program pada hari ini adalah dengan kerjasama Seksyen Teknologi Pembiakan dan Pembakaan JPVNK diikut serta oleh seorang pelajar dari UMK.

Kiri : En.Azman menjalankan PD diladang Mohd. Sabri     ,Kanan: EnAzlan menjalnkan PD di Ladang Mohd Razani.


AKTIVITI PEMPROSESAN SILAJ


Hari ini juga aktiviti pemprosesan silaj dijalankan di Ladang En.Mohd Razani.Sebanyak 2.50 tan atau 41 tong silaj telah dihasilkan dengan menggunakan mesin Pollysilage Compressor sumbangan Politeknik Kota Bharu.


En.Harun,pekerja Ladang En.Mohd Razani memproses silaj dengan menggunakanPollysilage Compressor