Rabu, 25 Disember 2013

MESYUARAT NAIKTARAF KILANG MEMPROSES SUSU




Pada 26 Disember 2013 satu mesyuarat diadakan bagi menilai prestasi projek menaiktaraf kilang memproses susu PPIT Pasir Puteh.Mesyuarat bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pn.Hjh. Azizon dari Unit kesihatan Awam Veterinar Makmal Diagnosa Veterinar Kota Bharu.




Antara perkara penting telah dibincangkan termasuk penambahan kos projek keatas beberapa perubahan binaan bahagian yang tidak termasuk dalam pelan asal.

DEMOSTRASI POLY SILAGE COMPRESSOR


Satu perbincangan ringkas diantara Pengurus PPIT Pasir Puteh bersama dengan 4 orang Pensyarah Politeknik Kota Bharu yang diketuai oleh En.Aziz telah diadakan di ladang En.Mohd Razani Sungai Durian bagi melakukan demostrasi penggunaan alat pemampat silaj yang di beri nama `POLY SILAGE COMPRESSOR'.Alat ini menggunakan tekanan udara `compressor' dengan tekahan maksima 5 bar(72.5psi). 

Kedua pihak telah bersetuju untuk mengadakan demostrasi alat ini pada hari ahad 30/12/2013 jam 10.00pagi diladang En.Mohd Razani.


Hassan Zainudin's photo.Hassan Zainudin's photo.

En.Aziz berkopiah,En.Hassan dan En.Mohd Razani serta pensyarah Politeknik yang lain
mengadakan perbincangan di Ladang En.Mohd Razani 24/12/13 jam 3.00ptg.



Isnin, 23 Disember 2013

KURSUS PENGKAYAAN EM DI PPVD KUALA LANGAT SELANGOR



Pada 15-17 Disember 2013 dua orang pegawai dan 2 orang penternak PPIT Pasir Puteh telah menghadiri satu sessi kursus pengkayan dan pemprosesan EM di pejabat Perkhidmatan veterinar Daerah Kuala Langat Selangor.


En.Mohd Razani(tengah) bergambar bersama pegawai JPVNK yang turut
sama menghadiri kursus tersebut.
Peserta kursus EM bergambar di perkarangan PPVD Kuala Langat
(En. Safei pegawai PPIT Pasir Puteh  disebelah kanan sekali)


Makan tengahari di ladang Tenusu En,Musa Banting Selangor.


Khamis, 12 Disember 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN INDUSTRI TERNAKAN JAJAHAN PASIR PUTEH 01/2013

Pada 11 Disember 2013  Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Industri Ternakan Jajahan Pasir Puteh Bil.1/2013 telah diadakan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Pasir Puteh.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr.Madzlan bin Salleh ,Ketua Bahagian Industri Ternakan JPVNK.

Mesyuarat kali pertama kali ini melibatkan pegawai dari PPIT Pasir Puteh,KTS Zon Kelantan dan staf PPVJ Pasir Puteh.Fokus utama mesyuarat adalah bagi merangka plan tindakan pembangunan industri ternakan Jajahan Pasir Puteh. Mesyuarat dimulakan jam 9.30 pagi dan berakhir jam 11.00pg.

PPVJ Pasir Puteh memberi taklimat cadangan pelan tindakan keatas
 projek yang bakal dilaksanakan

LAWATAN KERJA TIMBALAN PENGARAH JPVNK KE LADANG TENUSU SG. DURIAN


Pada 26.11.13 Dr Suratan  Timbalan  Pengarah JPVNK telah mengadakan lawatan kerja bersama 2 orang kakitangan Bahaagian Kesihatan serta 2 orang pelajar USM .Tujuan utamanya adalah bagi mengambil contoh najis lembu untuk penyelidikan parasit yang ada hubung kait dengan manusia.

Sebanyak 15 contoh najis lembu telah diambil dari ladang En.Mohd Rozani.Disamping itu Dr.Suratan juga mengambil peluang melawat ladang penternak lain dan memeriksa kesiahatan sambil memberi nasihat dan tips yang boleh meningkatkan lagi produktiviti ladang.



Dr Suratan Tim. Pengarah JPVNK memeriksa kesihatan lembu En.Ismal Zakaria 


Student  USM menyampaikan cenderahati kpd En.Razani  selepas
program pengambilan contoh najis lembu