Ahad, 16 Jun 2013

LAPORAN BULAN MEI 2013 PPIT PASIR PUTEH


Pada bulan Mei 2013 sebanyak 5,688.11 liter susu lembu segar dikeluarkan oleh 5 orang penternak.Sebanyak 4,220.00 liter atau 74.2 % susu telah dipasarkan sendiri oleh penternak manakala sebanyak 1468.11 liter(25.8%) sahaja dihantar ke PPIT. Penternak yang paling banyak mengeluarkan susu adalah En.Sukeri bin Mamat  iaitu sebanyak 2,205.00 liter atau 38.77 % dari keseluruhan pengeluaan PPIT Pasir Puteh.

En. Sukeri (baju merah)sedang memunggah
susu untuk dihantar ke PPIT
Pada bulan mei 2013 En. Sukeri memperolehi pendapatan kasar sebanyak RM5,359.28.dikuti oleh En. Ibarahim bin Gani sebanyak RM4,814.56.








Jadual 01: Pengeluaran susu dan pendapatan mengikut penternak



Pada bulan mei 2013 hanya sebanyak 19 ekor atau 20.4 % induk diperah susu manakalan 74 ekor atau 79.6 % adalah induk kering yang sedang bunting berat.



Jadual 02: Stok ternakan Mei 2013


Selasa, 4 Jun 2013

BEKALAN LETRIK LADANG TENUSU SG.DURIAN TERGENDALA


05 JUN 2013


Hari bekalan letrik di Ladang Tenusu Sg. Durian tergendala selama 8 jam mulai 10.00 pagi hingga 6 petang  kerana pihak TNB menjalankan kerja-kerja menyenggara/menyambung  bekalan letrik di kawasan berhampiran. Pihak kami PPIT Pasir Puteh mengambil tindakan pelan kecemasan dengan memindahkan semua susu dalam tangki simpanan diladang ke bilik sejuk di kilang susu PPIT.Tindakan ini diambil bagi mengelakkan dari berlakunya kerosakan susu yang dihasil oleh penternak.Sebanyak 300 liter susu atau 6 churn dipindahkan dengan menggunakan pajero.

En. Sukeri sedang mengisi susu dari tangki ladang
kedalam churn untuk dipindahkan ke kilang

 Pada amalan biasa susu dari Ladang Tenusu Sg. Durian dihantar kekilang 3 kali seminggu iaitu hari Ahad,selasa dan khamis.

Terima kasih kepada pihak TNB kerana memaklumkan perkara ini lebih awal(petang semalam)


Susu dipunggahkan dengan pajero
En. Sukeri sedang menguruskkan
pemindahan sus
u





Isnin, 3 Jun 2013

UJIAN BRUCELLA MILK RING TEST


16 Mei 2013

Dr. Fauziah bit Mohd Said Pegawai Veterinar dan 1orang kaitangan Seksyen Tenusu ibupejabat Putrajaya telah datang ke PPIT Pasir Puteh bagi menjalankan aktiviti pemantauan penyakit Brucellosis pada lembu tenusu.Sebanyak 16 contoh susu dari PPIT Kelantan dan Besut telah diuji.

sample susu yang positif kepada ujuan Brucella  akan
membentuk lapisan ber warna biru pada bahagian atasnya



Sebahagian dari contoh susu yang diterima
Dr.Fauziah sedang menjalankan ujian Brucellosis
keatas contoh susu yang diterima 





Dr. Fauziah menikmati persegaran 
Perbincangan dibuat bersama Pegawai Penyelaras PPIT Kelantan



Majlis berakhir jam 12.00tgh.Dr, Fauziah  bergerak pulang ke PUtrajaya






02 Jun2913

PROMOSI MINUM SUSU SEGAR DAN JUALAN PRODUK TENUSU

Sempena hari pembidaan ternak di RTC Kelantan pada 02 Jun 2013(sabtu) pihak kami PPIT Pasir Puteh telah mengadakan promosi minum susu segar dan jualan produk tenusu.Sebnayak 50 liter susu segar telah diberi minum secara percuma kepada pengunjung pda majlis pembidaan ternakan tersebut.

Dua orang kakitangan PPIT Pasir Puteh terlibat iaitu En.Azmi dan Pn.Azizah.Aktviti promosi ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tenghari.



Kilang memproses susu PPIT Pasir Puteh 1990