Pada hari ini dua orang pegawai dari Bahagian Pemeriksaan Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan yang diketuai oleh En. Kamarudin bin Musa telah menjalankan pemeriksaan keatas kilang memproses susu PPIT Pasir Puteh.Aktiviti pemeriksaan ini dijalankan secara berkala, 2 kali setahun bagi memantau perjalanan pemerosesan susu supaya sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Selasa, 14 Mei 2013
PEMERIKSAAN BERKALA KILANG SUSU PPIT PASIR OLEH BAHAGIAN PEMERIKSAAN VETERINAR
Rabu, 8 Mei 2013
PERKHIDMATAN MENGANGKUT SUSU
Dalam tempoh sebulan ini(Mei 2013) pegawai PPIT Pasir Puteh membantu memunggah susu dari ladang penternak di Sungai Durian setiap 3 hari sekali. Pada amalan biasa penternak yang menghantar susu ke kilang PPIT..Minggu ke4 bulan lepas kenderaan yang diguna menghantar susu telah rosak.Insya Allah hujung bulan ini penternak tu akan terima kenderaan baru yang dibeli sendiri.
`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN CARA MENOLONG PENTERNAK'
Pn.Azizah (Unit Kualiti) turut sama memungah churn untuk dibawa ke ladang |
Susu diangkut mengguna kenderaan jabatan. |
Hari ini semua susu dihantar ke kilang -- tiada terbaki dalam tangki simpanan di ladang. |
KUALITI SUSU PPIT PASIR PUTEH JAN-MAC 2013
Secara keseluruhannya kualiti susu yang dikeluarkan oleh semua penternak dibawah PPIT Pasir Puteh adalah baik berdasarkan kepada keputusan ujian makmalyang telah dijalankan. Purata kandungan kimia susu bulan Januari hingga Mac sebagaimana jadual dan carta dibawah.Dari segi gred susu semuanya berada pada gred (-A) dan(A).( penjelasan Gred-A ,Jumlah pepejal <11.75, gred A,>11.75)
KANDUNGAN KIMIA SUSU KELUARAN PPIT PASIR PUTEH MAC 2013
Secara teknikalnya kualiti susu keluaran penternak dibawah PPIT Pasir Puteh dari aspek kebersihan adalah baik berpandukan kandungan TPC sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual dan carta dibawah. Pengguna atau pelanggan susu segar keluaran PPIT Pasir adalah selamat dari pencemaran mikro atau kuman pembawa penyakit. Susu segar dikategorikan selamat untuk pengguna adalah didasari bacaan kandungan TPC dibawah 500,000 .Ujian TPC ini dijalankan di Makmal Veterinar Kota Bharu(MVKB) secara berkala.
Langgan:
Catatan (Atom)