Rabu, 25 Disember 2013

MESYUARAT NAIKTARAF KILANG MEMPROSES SUSU




Pada 26 Disember 2013 satu mesyuarat diadakan bagi menilai prestasi projek menaiktaraf kilang memproses susu PPIT Pasir Puteh.Mesyuarat bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pn.Hjh. Azizon dari Unit kesihatan Awam Veterinar Makmal Diagnosa Veterinar Kota Bharu.




Antara perkara penting telah dibincangkan termasuk penambahan kos projek keatas beberapa perubahan binaan bahagian yang tidak termasuk dalam pelan asal.

DEMOSTRASI POLY SILAGE COMPRESSOR


Satu perbincangan ringkas diantara Pengurus PPIT Pasir Puteh bersama dengan 4 orang Pensyarah Politeknik Kota Bharu yang diketuai oleh En.Aziz telah diadakan di ladang En.Mohd Razani Sungai Durian bagi melakukan demostrasi penggunaan alat pemampat silaj yang di beri nama `POLY SILAGE COMPRESSOR'.Alat ini menggunakan tekanan udara `compressor' dengan tekahan maksima 5 bar(72.5psi). 

Kedua pihak telah bersetuju untuk mengadakan demostrasi alat ini pada hari ahad 30/12/2013 jam 10.00pagi diladang En.Mohd Razani.


Hassan Zainudin's photo.Hassan Zainudin's photo.

En.Aziz berkopiah,En.Hassan dan En.Mohd Razani serta pensyarah Politeknik yang lain
mengadakan perbincangan di Ladang En.Mohd Razani 24/12/13 jam 3.00ptg.



Isnin, 23 Disember 2013

KURSUS PENGKAYAAN EM DI PPVD KUALA LANGAT SELANGOR



Pada 15-17 Disember 2013 dua orang pegawai dan 2 orang penternak PPIT Pasir Puteh telah menghadiri satu sessi kursus pengkayan dan pemprosesan EM di pejabat Perkhidmatan veterinar Daerah Kuala Langat Selangor.


En.Mohd Razani(tengah) bergambar bersama pegawai JPVNK yang turut
sama menghadiri kursus tersebut.
Peserta kursus EM bergambar di perkarangan PPVD Kuala Langat
(En. Safei pegawai PPIT Pasir Puteh  disebelah kanan sekali)


Makan tengahari di ladang Tenusu En,Musa Banting Selangor.


Khamis, 12 Disember 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN INDUSTRI TERNAKAN JAJAHAN PASIR PUTEH 01/2013

Pada 11 Disember 2013  Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Industri Ternakan Jajahan Pasir Puteh Bil.1/2013 telah diadakan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Pasir Puteh.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr.Madzlan bin Salleh ,Ketua Bahagian Industri Ternakan JPVNK.

Mesyuarat kali pertama kali ini melibatkan pegawai dari PPIT Pasir Puteh,KTS Zon Kelantan dan staf PPVJ Pasir Puteh.Fokus utama mesyuarat adalah bagi merangka plan tindakan pembangunan industri ternakan Jajahan Pasir Puteh. Mesyuarat dimulakan jam 9.30 pagi dan berakhir jam 11.00pg.

PPVJ Pasir Puteh memberi taklimat cadangan pelan tindakan keatas
 projek yang bakal dilaksanakan

LAWATAN KERJA TIMBALAN PENGARAH JPVNK KE LADANG TENUSU SG. DURIAN


Pada 26.11.13 Dr Suratan  Timbalan  Pengarah JPVNK telah mengadakan lawatan kerja bersama 2 orang kakitangan Bahaagian Kesihatan serta 2 orang pelajar USM .Tujuan utamanya adalah bagi mengambil contoh najis lembu untuk penyelidikan parasit yang ada hubung kait dengan manusia.

Sebanyak 15 contoh najis lembu telah diambil dari ladang En.Mohd Rozani.Disamping itu Dr.Suratan juga mengambil peluang melawat ladang penternak lain dan memeriksa kesiahatan sambil memberi nasihat dan tips yang boleh meningkatkan lagi produktiviti ladang.



Dr Suratan Tim. Pengarah JPVNK memeriksa kesihatan lembu En.Ismal Zakaria 


Student  USM menyampaikan cenderahati kpd En.Razani  selepas
program pengambilan contoh najis lembu




Jumaat, 15 November 2013

BUAL MOTIVASI PAGI BERSAMA PENTERNAK


13 November 2013 aktiviti bual motivasi bersama penternak di ladang Tenusu Sungai Durian jam 9.00pagi.Topik perbincangan adalah kearah meningkatkan produktiviti dan kualiti susu.Hari ini 500 liter dihasilkan oleh 2 orang penternak.Pengeluaran susu dijangka terus meningkat pada masa akan datang berdasarkan jumlah induk bunting semakin banyak.


Gambar: Bual santai  motivasi pagi bersama penternak sebelum aktiviti memunggah susu
Gambar :Susu mentah penuh dalam tangki 500 litet.


Selasa, 12 November 2013

STATUS SEMASA PENAMBAHBAIKAN KILANG MEMPROSES SUSU PPIT PASIR PUTEH

Sehingga 10 Oktober 2013, 30 % penambahbaikan bangunan kilang memproses susu PPIT telah siap dilaksanakan.Kerja-kerja mengubahsuai ruangan dan memasang bata konkrit baru telah siap.




Selasa, 5 November 2013

LAWATAN KE PROJEK MEMPROSES BAJA ORGANIK DI PLV CERMIN KIRI,TERENGGANU.

30.10.2013 Dalam perjalanan ke Mesyuarat PPV Daerah Se Malaysia di Suria Cherating Beach Resort,Pahang singgah sekejap di PLV Cermin Kiri Trengganu melawat projek memproses Baja organik oleh syarikat Kembar Teguh Sdn Bhd. Lawatan ini bagi mendapat maklumat yang lebih jelas bagi mengukuhkan projek pengeluaran baja organik di Ladang Tenusu Sungai Durian PPIT Pasir Puteh.Banyak pengetahuan baru dapat diperolehi hasil perbincangan yang dibuat.

Aktiviti memproses baja organik syarikat Kembar Teguh Sdn Bhd
PLV Cermin Kiri,Trengganu.

LAWATAN BELAJAR PEMPROSESAN EM DAN BOKHASI DI PVD KUALA LANGAT, SELANGOR


Pada 23 -24 Oktober saya bersama dengan seorang penternakPPIT Pasir Puteh /bakal usahawan EM telah mengadakan lawatan belajar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Kuala Langat,Selangor bagi mempelajari dengan lebih mendalam mengenai proses penyediaan EM dan Bokhasi.Terima kasih kepada En. Asmawi dan semua pgawai PPVD Kuala langat diatas kesudian menujuk ajar kami dalam memproses produk berasaskan EM.


Produk Mudball yang dihasilkan di PPVD Hulu Langat



Selasa, 22 Oktober 2013

PROGRAM PEMBIAKAN BERKELOMPOK DI LADANG TENUSU SUNGAI DURIAN


Pada 21 Oktober 2013 Program pembiakan berkelompok telah diadakan di ladang Tenusu Sungai Durian.Dua orang penternak terlibat dalam program ini,iaitu En. Mohd Rozani b Hj.Che Mat dan En. Mohd Aziz Ismail. Sebanyak 19 ekor induk lembu telah diperiksa kebuntingan(PD).14 ekor telah bunting manakala 5 ekor lagi tidak bunting dan telah di CIDR.Dua orang pegawai Seksyen Pembiakan dan Pembakaan JPVNK telah mejalankan aktivti ini.Disamping itu satu jamuan makan tengahari sempena sambutan Hari Raya Aidul Adha turut diadakan.


En.Wan Azlan sedang menjalankan PD keatas lembu
En.Mohd Razani.

Majlis jamuan Makan tengahari sempena sambutan
Hari Raya Aidu Adha di ladang En.Mohd Razani

20 OKTOBER 2013

TANGKI SIMPANAN SUSU DI LADANG SUNGAI DURIAN ROSAK


Anggaran kerosakan susu sebanyak 100 liter.








Ahad, 13 Oktober 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDUL ADHA


Seluruh warga PPIT Pasir Puteh mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidul Adha maaf zahir dab batin.Semoga Hari Raya Aidul Adha kali ini membawa keberkatan dan rahmat yang besar dari Ilahi untuk kita semua.

Jumaat, 4 Oktober 2013

PEMBAIKIAN KILANG SUSU PPIT PASIR PUTEH TELAH BERMULA

Pada 29 September 2013 pembaikian kilang memproses susu PPIT Pasir Puteh telah dimulakan oleh kontraktor dibawah kawal selia Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Jajahan Pasir Puteh.


Ahad, 29 September 2013

PERTANDINGAN MINUM SUSU SEGAR HPPNNK 2013

Sempena Hari Peladang Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2013 salah satu acara tarikan pengunjung adalah pertandingan minum susu segar.Seramai 10 orang perserta telah mengambil bahagian dalam acara yang julung kali diadakan ini.Johan acara ini telah menghabiskan 2.25 liter susu dalam masa 2 minit 30 saat.

Pemenang bergambar bersama Dr.Madzlan bin Sallah dan En.Hassan b Zainudin
urusetia pertandingan minum susu segar HPPNNK 2013

Peserta Pertandingan minum susu segar

Selasa, 27 Ogos 2013

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2013


Tahniah kepada EN. AZMI BIN ABDULLAH Pembantu Veterinar dari PPIT Pasir Putih diatas penganugerahan ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2013.


LAWATAN KETUA SEKSYEN TENUSU PUTRAJAYA KE LADANG TENUSU SUNGAI DURIAN


Pada jam 4.00ptg  Dr.Kamalih Ketua Seksyen Tenusu Putrajaya telah meluangkan masa selepas mesyuarat baikpulih bangunan memproses susu bagi melakukan lawatan ringkas ke Ladang Tenusu Sungai Durian. Beliau turut melawat ladang En.Mohd Razani dan sempat meluangkan masa untuk berbincang dan memberi nasihat kepada penternak yang ditemui.

MESYUARAT BAIKPULIH BANGUNAN MEMPROSES SUSU PPIT PASIR PUTEH


Pada 27 Ogos 2013 Mesyuarat bagi membincangkan projek membaikpulih bangunan memproses susu PPIT Pasir Puteh telah diadakan di PPIT Pasir Puteh.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr.Kamaliah ketua Seksyen Tenusu,ibupejabat Putrajaya dan turut dihadiri oleh Dr.Madzlan Ketua Bahagian Industri ternakan JPVNK, 3 orang pegawai dari JPS,Penyelaras Tenusu Negeri Kelantan dan semua Pengurus PPIT Mesyuarat bermula jam 9.30 pagi dan berakhir 1.00tgh. Diantara lain mesyuarat memutuskan:-

  • Sebut harga projek adalah secara tender terpilih(tertutup)
  • Anggaran kos projek RM200,000.00
  • Tarikh mula projek minggu ke3 september
  • Tempoh projek 10 minggu
  • Agensi teknikal Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS)



Sabtu, 24 Ogos 2013

Program Latihan Industri Siswa/siswi Universiti Malaya


Program Latihan Industri Siswa/siswi Universiti Malaya seramai 8 orang bemula 1 Julai telah berakhir pada 22 Ogos 2013.Program adalah salah satu aktiviti Jabatan bawah Unit Pembangunan Sumber Tenaga Manusia.Ianya bertujuan bagi mempromosikan industri haiwan(sub-sektor tenusu) kepada golongan pelajar dan bakal siswazah bagi menggalakkan penyertaannya dalam bidang usaha tenusu.

Student UM yang menjalani latihan Industri di PPIT Pasir Puteh
bergambar kenagan bersama staf  PPIT.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidulfitri PPIP Pasir Puteh

Pada 18 Ogos 2013 Warga PPIT telah mengadakan Majlis sambutan Hari Raya Aidulfitri.Majlis dihadiri oleh semua kakitangan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Pasir Puteh,PPIT Ketereh,Tanah Merah dan penternak ladang Tenusu Sg.Durian.Majlis bermula jam 10.00 pagi dan berakhir 1.00tgh.Penyediaan makan minum disumbangkan dan disediakan oleh kakitangan PPIT.

En. Drahman bekas pemandu PPIT Pasir Puteh(baju puteh) turut hadir dalam
majlis sambutan  Hari Raya pada tahun ini. 

Student UM yang menjalani latihan industri turut memeriahkan majlis
sambutan Hari Raya tahun ini.

Gambar kiri: En. Daud bekas Pengurus PPIT Ketereh(tengah) turut hadir
Gambar kanan: Pn.Azizah sedang melayan tetamu


20 Ogos 2013, Lawatan Dr. Noraida Ismail Pensyarah Universiti Malaysia ke Ladang Tenusu, Sg.Durian.


Dr.Noraida bt. Ismail pensyarah Fakulti Sains Biologi dari Universiti Malaya(UM) telah melakukan lawatan julung kalinya ke ladang Tenusu Sungai Durian pada 20 Ogos 2013 jam 2.30 petang. lawatan ini bersempena dengan aktivti penilaian terhadap program latihan industri 8 orang siswa dan siswi UM di PPIT Pasir Puteh. 

Dr. Noraida (4  dari kanan) semasa melawat Ladang Mohd Razani
di Ladang Tenusu Sg,Durian.



Rabu, 14 Ogos 2013



14Ogos 2013, AKTIVITI TURUN PADANG


Pada 14.08.2013 Staf PPIT Pasir Puteh bersama siswa-siswi Universiti Malaya telah menyertai program turun padang bagi bulan ogos dengan mengadakan gotong royong membersih kawasan `side office' di ladang Sungai Durian,menamam pokok petai belalang.dan memproses silaj.  


Isnin, 12 Ogos 2013


7 Ogos 2013


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin
Dari kami  staf PPIT Pasir Puteh





Sabtu, 13 Julai 2013

LATIHAN INDUSTRI SISWA DAN SISWI UNIVERSITI MALAYA


Rabu,17 Julai 2013

Lawatan pegawai Keselamatan Pekerjaan dari Ibupejabat Putrajaya ke PPIT Pasir Puteh bagi meninjau tahap keselamatan pekerjaan dipejabat ini.Pasukan pelawat diketuai oleh En Mohd Rafee bin Mohd Yusoff.

Isnin,01 Julai 2013

8 orang student Universiti Malaya melapur diri bagi menjalankan Latihan Industri selama 8 minggu.
Bergambar diperkarangan pejabat PPIT Pasir Puteh




SELASA, 14 MEI 2013

Pada hari ini dua orang pegawai dari Jabatan Perparitan dan Saliran(JPS) datang meninjau bangunan dan struktur kilang memproses susu PPIT bagi menyiapkan plan pembaikan untuk menaik taraf plan pemperosesan ke tahap GVHP.Peruntukan sebanyak RM200,000 telah diluluskan oleh Ibupejabat Putrajaya.



Selasa, 22 Mei 2013


En.Samyvelloo,  Penolong pegawai akuantan Seksyen tenusu ibupejabat ,Putrajaya mengadakan lawatan kerja ke PPIT Pasir Puteh bagi menjalankan pemantaun(pra-audit) keatas akaun Unit Tenusu JPV Negeri Kelantan.
En. Samyvelloo  menjalankan  pra -audit keatas akaun PPIT

Pn.Azizah menyediakan dokumen yang diperlukan  tujuan audit


Ahad, 30 Disember 2012


LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH KE PPIT PASIR PUTEH


Pada hari ini 31.12.12 PPIT menerima tetamu utama Jabatan Dato' Dr.Ibrahim bin Che Embong
Timb.Ketua Pengarah 1 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.Ybh.Dato' meluangkan masa lebih kurang
1 jam meninjau persekitaran pejabat dan berbincang mengenai penambahbaikan bangunan dan peralatan kilang
susu serta bangunan pejabat.

Ybh. Dato' turut diiringi oleh Dr.Kamaliah Ketua Seksyen Tenusu Ibupejabat,Putrajaya.








15 OKTOBER 2013, LAWATAN KERJA KETUA UNIT PERANCANG JPVNK


Lawatan kerja Ketua Unit Perancang JPVNK En.Abd.Halim bin Mohamed ke Projek Tenusu Berkelompokdilakukan Sungai Durian,Pasir Puteh telah  pada 15hb.Oktober 2012.

Lawatan ini dilakukan adalah bagi meninjau perkembangan semasa projek Tenusu Berkelompok Sungai Durian,Pasir Puteh. Perbincangan dengan penternak telah diadakan meliputi aspek pengurusan ternakan,pemakanan, kesihatan dan pemasaran susu serta perkara lain yang bekaitan dengan perkembangan projek tenusu Negeri Kelantan.


En. Abd. Halim bersama En.Sukeri Mamat, Penternak Jaya 
Ruminan Negeri Kelantan 2011.





Tangki penyimpanan susu di Ladang Sg.Durian 
sebelum dihantar ke PPIT 




Ahad, 16 Jun 2013

LAPORAN BULAN MEI 2013 PPIT PASIR PUTEH


Pada bulan Mei 2013 sebanyak 5,688.11 liter susu lembu segar dikeluarkan oleh 5 orang penternak.Sebanyak 4,220.00 liter atau 74.2 % susu telah dipasarkan sendiri oleh penternak manakala sebanyak 1468.11 liter(25.8%) sahaja dihantar ke PPIT. Penternak yang paling banyak mengeluarkan susu adalah En.Sukeri bin Mamat  iaitu sebanyak 2,205.00 liter atau 38.77 % dari keseluruhan pengeluaan PPIT Pasir Puteh.

En. Sukeri (baju merah)sedang memunggah
susu untuk dihantar ke PPIT
Pada bulan mei 2013 En. Sukeri memperolehi pendapatan kasar sebanyak RM5,359.28.dikuti oleh En. Ibarahim bin Gani sebanyak RM4,814.56.








Jadual 01: Pengeluaran susu dan pendapatan mengikut penternak



Pada bulan mei 2013 hanya sebanyak 19 ekor atau 20.4 % induk diperah susu manakalan 74 ekor atau 79.6 % adalah induk kering yang sedang bunting berat.



Jadual 02: Stok ternakan Mei 2013


Selasa, 4 Jun 2013

BEKALAN LETRIK LADANG TENUSU SG.DURIAN TERGENDALA


05 JUN 2013


Hari bekalan letrik di Ladang Tenusu Sg. Durian tergendala selama 8 jam mulai 10.00 pagi hingga 6 petang  kerana pihak TNB menjalankan kerja-kerja menyenggara/menyambung  bekalan letrik di kawasan berhampiran. Pihak kami PPIT Pasir Puteh mengambil tindakan pelan kecemasan dengan memindahkan semua susu dalam tangki simpanan diladang ke bilik sejuk di kilang susu PPIT.Tindakan ini diambil bagi mengelakkan dari berlakunya kerosakan susu yang dihasil oleh penternak.Sebanyak 300 liter susu atau 6 churn dipindahkan dengan menggunakan pajero.

En. Sukeri sedang mengisi susu dari tangki ladang
kedalam churn untuk dipindahkan ke kilang

 Pada amalan biasa susu dari Ladang Tenusu Sg. Durian dihantar kekilang 3 kali seminggu iaitu hari Ahad,selasa dan khamis.

Terima kasih kepada pihak TNB kerana memaklumkan perkara ini lebih awal(petang semalam)


Susu dipunggahkan dengan pajero
En. Sukeri sedang menguruskkan
pemindahan sus
u





Isnin, 3 Jun 2013

UJIAN BRUCELLA MILK RING TEST


16 Mei 2013

Dr. Fauziah bit Mohd Said Pegawai Veterinar dan 1orang kaitangan Seksyen Tenusu ibupejabat Putrajaya telah datang ke PPIT Pasir Puteh bagi menjalankan aktiviti pemantauan penyakit Brucellosis pada lembu tenusu.Sebanyak 16 contoh susu dari PPIT Kelantan dan Besut telah diuji.

sample susu yang positif kepada ujuan Brucella  akan
membentuk lapisan ber warna biru pada bahagian atasnya



Sebahagian dari contoh susu yang diterima
Dr.Fauziah sedang menjalankan ujian Brucellosis
keatas contoh susu yang diterima 





Dr. Fauziah menikmati persegaran 
Perbincangan dibuat bersama Pegawai Penyelaras PPIT Kelantan



Majlis berakhir jam 12.00tgh.Dr, Fauziah  bergerak pulang ke PUtrajaya






02 Jun2913

PROMOSI MINUM SUSU SEGAR DAN JUALAN PRODUK TENUSU

Sempena hari pembidaan ternak di RTC Kelantan pada 02 Jun 2013(sabtu) pihak kami PPIT Pasir Puteh telah mengadakan promosi minum susu segar dan jualan produk tenusu.Sebnayak 50 liter susu segar telah diberi minum secara percuma kepada pengunjung pda majlis pembidaan ternakan tersebut.

Dua orang kakitangan PPIT Pasir Puteh terlibat iaitu En.Azmi dan Pn.Azizah.Aktviti promosi ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tenghari.



Kilang memproses susu PPIT Pasir Puteh 1990




Selasa, 14 Mei 2013

PEMERIKSAAN BERKALA KILANG SUSU PPIT PASIR OLEH BAHAGIAN PEMERIKSAAN VETERINAR


Pada hari ini dua orang pegawai dari Bahagian Pemeriksaan Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan yang diketuai oleh En. Kamarudin bin Musa telah menjalankan pemeriksaan keatas kilang memproses susu PPIT Pasir Puteh.Aktiviti pemeriksaan ini dijalankan secara berkala, 2 kali setahun bagi memantau perjalanan pemerosesan susu supaya sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Rabu, 8 Mei 2013

PERKHIDMATAN MENGANGKUT SUSU


Dalam tempoh sebulan ini(Mei 2013) pegawai PPIT Pasir Puteh membantu memunggah susu dari ladang penternak di Sungai Durian setiap 3 hari sekali. Pada amalan biasa penternak yang menghantar susu ke kilang PPIT..Minggu ke4 bulan lepas kenderaan yang diguna menghantar susu telah rosak.Insya Allah hujung bulan ini penternak tu akan terima kenderaan baru yang dibeli sendiri.

`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN CARA MENOLONG PENTERNAK'


Pn.Azizah (Unit Kualiti) turut sama memungah churn untuk dibawa ke ladang

Susu diangkut mengguna kenderaan jabatan.

Hari ini semua susu dihantar ke kilang -- tiada terbaki dalam tangki simpanan di ladang.