Selasa, 18 Disember 2012

PROGRAM PEMBIAKAN


Program pemeriksaan kebuntingan(PD) telah dijalankan di ladang Ismail bin Zakaria pada 19/12/12 degan kerjasama pegawai dari Seksyen Pembiakan JPVNK.dari 16 ekor yang diperiksa kebuntingan hanya 4 ekor  induk@ 25sahaja yang bunting.Aktiviti meningkatkan kesuburan induk dijalankan dengan menggunakan CDR telah dilakukan terhadap induk yang tidak bunting.



MESYUARAT PROJEK TENUSU NEGERI KELANTAN

Mesyuarat tersebut diadakan pada 10/12/2012 bertempat di PPIP Pasir Puteh yang turut dihadiri
Dr.Kamalih bt Ghazali Ketua Seksyen Tenusu Ibupejabat Putrajaya.



Dr.Kamaliah Ghazali mempengerusikan mesyuarat
Diantara isu yang dibincangkan adalah:-


  1. Menaik taraf kilang pemprosesan susu  PPIT Pasir Puteh kearah GMP dan persijilan halal.
  2. Menaik taraf PPIT Ketereh untuk aktiviti pemprosesan susu.
  3. Perjanjian sewa premis kilang susu PPIT Pasir Puteh
  4. Menceriakan Pejabat PPIT Pasir Puteh


Pada dasarnya semua isu yang dibincangkan diberi perhatian serius oleh ketua Seksyen Tenusu untuk diambil tindakan dan akan dilaksanakan pada tahun 2013.

Tahniah kepada En. Nik Badrol(Setiausaha KOVEK) kerana berjaya meletakkan KOVEK diposisi yang sepatutnya berada dalam industri tenusu Negeri Kelantan.Penjelasan yang diberikan telah berjaya memberi keyakinan kepada Ketua Seksyen Tenusu Putrajaya.

Khamis, 13 Disember 2012





Pejabat Pusat Perkhidmatan Industri Pasir Puteh di bina pada tahun 1980 dan mula beroperasi 1992.



Peta lokasi Pejabat PPIT Pasir Puteh











MATLAMAT UNIT

Meningkatkan pengeluaran susu melalui transformasi penternak ketahap komersil

OBJEKTIF

1.  Mengeluarkan susu segar kepada masyarakat serta meningkatkan taraf saradiri kepada 10% menjelang akhir RMK 10
2  Mempelbagaikan pengeluaran produk susu kepada masyarakat sebagai minuman yang berkhasiat 
3.  Membantu meningkatkan taraf socio-ekonomi penternak dengan perusahaan lembu tenusu
4.  Mewujudkan “dairy colonies” dikawasan-kawasan yang dikira sesuai untuk penternakan tenusu